Piala Dunia 2018 Malaysia

Rakyat Malaysia bakal tonton perlawanan Piala Dunia secara percuma

Berita gembira untuk Rakyat Malaysia.

Kita tahu bagaimana rakyat Malaysia begitu gilakan bolasepak. Biarpun Malaysia tidak layak ke Piala Dunia, tetapi setiap empat tahun, rakyat Malaysia antara yang paling teruja untuk menonton aksi pasukan-pasukan gergasi dunia beraksi di pentas tertinggi.

Menjelang Piala Dunia di Russia pada 14 Jun hingga 15 Julai depan, semua rakyat Malaysia kini boleh menyaksikan perlawanan di Russia secara percuma di stesen televisyen kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo selepas mesyuarat kabinet yang berlangsung pagi tadi.

Perincian mengenai perkara ini akan diumumkan oleh beliau dalam tempoh masa terdekat.

“Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.”

Sebelum ini RTM 1 juga pernah menyiarkan Piala Dunia tetapi hanya perlawanan terpilih. Sebelum ini, rakyat Malaysia yang mahu menonton Piala Dunia perlu melanggan menerusi stesen televisyen berbayar.

Mungkin selepas membuat keputusan menyiarkan Piala Dunia secara langsung, boleh juga stesen televisyen nasional boleh juga mewujudkan satu saluran sukan khusus menyiarkan Liga Super, Liga Premier dan Piala FAM serta sukan-sukan lain di Malaysia. Pastinya ini akan dapat membantu mempromosikan sukan dan atlet tempat.