Luar Negara Eropah

Tribe Nostalgia: Steve McManaman, pemain NBA keenam Real Madrid

Sukar untuk menceritakan karier Steve McManaman hanya berlandaskan bola sepak dan saya bernasib baik memiliki sukan bola keranjang yang mampu membantu. Jika McManaman adalah pemain NBA, dia tentunya akan muncul selaku “pemain keenam”: seseorang yang bukan sekadar masuk sebagai pemain gantian untuk memberikan dinamik dan sumbangan sewaktu diperlukan tetapi dia juga seorang perancang dan ketua melalui caranya.

McManaman memegang peranan ini di Real Madrid, pasukan yang disertai selepas beberapa musim bersama Liverpool, dimana Sir Alex Ferguson terpaksa merencanakan taktikal khas hanya untuk mengekangnya. Tentunya sesuatu yang agak memalukan apabila muncul selaku bintang di Liga Perdana Inggeris tetapi sekadar memanaskan bangku simpanan di Bernabeu, walaupun harus diakui kontrak yang ditawarkan kepadanya bukan melibatkan jumlah yang kecil.

McManaman sedar dia mungkin memainkan peranan yang lebih kecil, namun dia turut sedar bahawa gaji yang ditawarkan bersesuaian dengan statusnya pada waktu itu. Dan selepas gagal mendominasi pentas Eropah bersama Liverpool, dia akhirnya berhijrah ke Sepanyol dalam perpindahan yang penuh kontroversi. Melalui peraturan Bosman, McManaman akhirnya menjadi pemain Real Madrid.

Rekodnya begitu meyakinkan. Walaupun hanya tampil dalam 94 perlawanan liga hasil daripada empat musim, dia meraih dua kejuaraan liga dan dua trofi Liga Juara-Juara Eropah, sambil memainkan peranan utama sewaktu Real mendominasi rantau Eropah. Pada tahun 2000, sewaktu aksi final menentang Valencia, dia menjaringkan gol yang tidak dipandang tinggi oleh kebanyakan peminat – dalam detik penting sewaktu meraih kemenangan 3-0, mengutip bola yang jatuh dari udara dan disudahkan dengan sepakan gunting daripada kawasan tengah. Bola dengan pantas meluru ke penjuru gol, sambil penjaga gol hanya mampu melihat sepakan menarik itu melepasinya. Ia adalah sesuatu yang klasik buat McManaman: persembahan memukau dengan kawalan bola yang ringkas. Pada 2002, McManaman mengesahkan tempat ke final buat pasukannya menerusi lambungan menarik melepasi Barcelona, membuktikan kehebatannya di pentas utama.

Ryan Giggs menerima pujian selama beberapa tahun di atas sumbangannya dalam permainan tetapi tanpa diragui, McManaman telah mengharungi transformasi yang lebih sempurna. Giggs, setelah sekian lama, kekal dengan perwatakan pemain yang sering melepasi lawan, termasuk penyudahan terakhir yang amat tajam. McManaman, dalam cerita berbeza, tampil daripada seorang pemain sayap kepada penggerak tengah, karier yang hampir sama dilalui John Barnes, peranan yang telah dipenuhi dengan penuh keajaiban. Dia adalah pemain ideal buat Fernando Redondo di bahagian tengah, dimana dia disifatkan sebagai sebahagian daripada kebijaksanaan Redondo. Saya tidak setuju. Bagi saya, McManaman sendiri adalah seorang yang amat bijak, seperti yang dia buktikan ketika final bertemu Valencia.

McManaman sentiasa tampil pelbagai helah di atas padang. Dia beraksi di tengah padang seolah-olah sedang bermain futsal, melakukan sentuhan yang minimum dengan lawan, berlegar-legar di sini dan mendapatkan bola di sana, melancarkan gerakan di haluan berbeza. Pemain England ketika eranya amat sukar untuk dijumpai sebegitu, dimana ia lebih kepada konsep tiki-taka, cara yang digunakan Barcelona di bawah kendalian Pep Guardiola sehingga memberi kesan besar. Dia bukan seorang pemain sayap yang akan masuk ke dalam dan jarang menggelecek lawan.

Secara ringkasnya, McManaman hampir sama dengan Guti dari Sepanyol, berbekalkan etika kerja di atas padang yang hebat; seseorang yang tampak garang tetapi menjadi pengawal di atas padang. Walaupun tidak dipandang ramai pada awal, lama-kelamaan, dia muncul secara senyap. Sekiranya dia adalah barang kemas buat Real Madrid, McManaman adalah sebiji permata, hasil gabungan usaha dan helahnya di atas padang.

Oleh Musa Okwonga
(www.tifofootball.com)