Para pemain dan jurulatih bola sepak menganggap pusat latihan sesebuah kelab seperti rumah mereka sendiri. Bagi mereka, disitulah mereka menghabiskan kebanyakan masa menjalani kehidupan sebagai pemain dan jurulatih bola sepak professional. Malah, kita seringkali mendengar beberapa pemain membuat pilihan untuk menandatangani kontrak untuk bermain untuk sesebuah kelab kerana terpikat dan terpesona dengan kemudahan yang dibina di pusat latihan kelab itu.
Pusat latihan milik pasukan berpengkalan di Brazil, Atletico Mineiro. Dengan 4 buah padang latihan, hotel, restoran, auditorium, bilik fisio yang canggih, bilik sidang akhbar dan pelbagai lagi kemudahan. Pada tahun 2014, pusat ini dipilih sebagai pusat latihan untuk kem kebangsaan Argentina dalam mengharungi saingan Piala Dunia di Brazil.
Finch Farm
Merupakan pusat latihan bagi pasukan skuad utama dan pasukan remaja Everton. Digelar “School of Science” oleh penyokong kelab yang terletak di Merseyside itu. Mempunyai 10 buah padang dengan satu padang khusus untuk latihan kecergasan dan penjaga gol. Di dalam kompleks itu pula, terdapat pelbagai kemudahan seperti gym, padang sintetik, bilik sidang media dan lain-lain lagi.
Sportpark De Toekomst
Merupakan pusat latihan bagi pasukan Ajax Amsterdam. Semua skuad termasuk skuad wanita dan remaja pelbagai lapisan umur berlatih disini. Memiliki 5 buah padang rumput semula jadi, 2 buah padang sintetik dengan stadium mini berkapasiti 1250 tempat duduk.
Milanello Sports Center
Berkeluasan 160 000 meter persegi dengan dikelilingi pokok pine. Pemandangan di pusat latihan milik AC Milan ini sangat mengasyikkan. Dengan 6 buah padang rumput semula jadi dan beberapa buah padang sintetik, pusat latihan ini juga digunakan oleh pasukan kebangsaan Itali. Dilengkapi lagi dengan pelbagai kemudahan lain seperti gym, bilik sidang media dan rumah tamu.
Academia de Alcochete
Dibuka pada tahun 2002, pusat latihan untuk pasukan Sporting Lisbon, Portugal. Salah satu pusat latihan moden dan juga akademi sukan khusus untuk bola sepak. Memiliki 5 buah latihan, sebuah padang sintetik dan sebuah stadium dengan kapasiti 1000 tempat duduk. Pelbagai lagi kemudahan yang dibina sesuai dengan penarafan pusat latihan berkelas dunia.
Saebener Strasse
Dimiliki oleh Bayern Munich yang berpengkalan di Jerman. Bukan sahaja sebagai pusat latihan, ia juga menempatkan Pusat Servis, Pusat Prestasi, Ibu pejabat dan Akademi Remaja untuk kelab gergasi Jerman itu. Dengan keluasan 80 000 kaki persegi, mereka juga membina padang semula jadi dengan sistem pemanasan bawah tanah. Semua skuad Bayern Munich berlatih disini bermula skuad senior sehinggalah skuad bawah 8 tahun.
Ciudad Real Madrid
Kompleks yang dimiliki oleh Real Madrid ini berkeluasan 1,200 000 meter persegi. Menempatkann pusat latihan, padang latihan, pusat sukan dan tempat tinggal untuk pemain senior dan penuntut akademi.
AON Training Centre
Juga dikenali sebagai Carrington, pusat latihan bagi pasukan Manchester United ini mula digunakan sekitar tahun 2000. Pada tahun 2013, kompleks ini siap melakukan satu renovasi dengan menambah akademi remaja. Keseluruhan kompleks ini memiliki bangunan utama, jabatan perubatan dan sains sukan, fasiliti luar dan akademi. Kompleks ini juga dikawal dengan ketat dan merupakan fasiliti sukan paling selamat di eropah.
Ciutat Esportiva Joan Gamper
Terletak di Sant Joan Despi diluar Barcelona, merupakan kompleks pusat latihan Lionel Messi dan rakan-rakannya. Memiliki 5 padang rumput semula jadi, 4 buah padang sintetik, sebuah stadium mini, sebuah bangunan dan pelbagai kawasan untuk latihan penjaga gol dan latihan teknikal.
City Football Academy
Terletak besebelahan Stadium Etihad, dihubungkan dengan sebuah jambatan. Ini merupakan satu pusat latihan dan akademi bola sepak terbaik dunia. Memiliki 16 buah padang, 3 buah gym, 6 buah kolam renang dan pelbagai kemudahan rawatan dan pemulihan yang canggih dibina disini. Kos keseluruhan untuk projek ini adalah 200 juta pound sterling.