Malaysia

Piala AFC B-16: Lim Teong Kim tidak takut bertemu Jepun

Misi ke Piala Dunia Bawah 17 tahun.

Itulah sasaran untuk skuad bawah 16 tahun negara yang akan beraksi dalam Piala AFC bawah 16 tahun nanti.
Berdepan pasukan-pasukan yang pernah bergelar juara seperti Jepun dan Thailand serta Tajikstan, ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun negara, Lim Teong Kim tidak gentar dan yakin anak buahnya mampu melepasi peringkat kumpulan.

“Beraksi di Piala Dunia Bawah 17 tahun adalah matlamat utama kami sejak empat tahun lalu.

“Walaupun ada Jepun dalam kumpulan kita, saya anggap ia bukan suatu masalah kerana kita benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi saingan ini.

“Saya tak boleh pilih lawan kerana ia diputuskan menerusi sistem undian. Semua pasukan yang bertanding kuat dan peluang untuk kita tetap ada.”

Pencapaian terbaik Malaysia di Piala AFC Bawah 16 tahun adalah layak ke suku akhir pada tahun 2014 sebelum tewas 1-2 kepada Australia.

Skuad kendalian Lim Teong Kim ini menjadi perhatian ramai peminat bolasepak tempatan kerana semua pemain adalah daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).