Asia

Luis Milla tukar posisi Evan Dimas untuk PSSI Anniversary Cup

Dari posisi tengah ke belakang penyerang.

Nampaknya pemain tengah Indonesia dan Selangor, Evan Dimas bakal diberikan peranan baru oleh ketua jurulatih Indonesia, Luis Milla dan akan cuba digunakan dalam aksi Kejohanan Ulangtahun Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), PSSI Anniversary Cup.

Evan yang biasa bermain sebagai perancang tengah dilihat telah diubah posisi bermain di belakang penyerang ketika sesi latihan bersama skuad bawah 23 tahun Indonesia di Stadium Pakansari semalam.

Eva ketika menjawab soalan Bolasport.com mengakui bahawa Luis Milla mencuba mengubah posisinya setelah melakukan perbincangan.

“Tadi Luis Milla mencuba posisi baru untuk saya, di belakang penyerang.

“Saya sedia untuk esok. Tidak kira main sebagai pembantu penyerang atau posisi lain, semuanya saya sedia.”

Skuad bawah 23 tahun Indonesia akan berdepan Bahrain dalam perlawanan pertama mereka bagi aksi PSSI Anniversary Cup di Stadium Pakansari hari ini.

Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn terpaksa meninggalkan Selangor yang akan beraksi menentang Negeri Sembilan dan JDT dalam aksi Liga Super bagi membantu skuad bawah 23 tahun Indonesia beraksi dalam kejohanan ini yang merupakan salah satu persiapan mereka untuk Sukan Asia 2018.