Luar Negara Eropah

Sudah tiba masa untuk Mohamed Salah memenangi anugerah Ballon d’Or?

Liverpool dan tentunya Jurgen Klopp beruntung dapat menggunakan khidmat pemain bernama Mohamed Salah pada musim ini. Salah boleh dikatakan satu pembelian terbaik The Reds di Liga Perdana Inggeris, jika bukan pelaburan terbaik dunia musim ini. Penampilan pemain dari Mesir itu amat luar biasa. Gol demi gol diciptakan untuk Liverpool. Salah juga tidak ego dan sering memberikan umpanan-umpanan hebat buat rakan sepasukan. Namun, adakah kegemilangan pada musim ini membolehkannya dengan pantas menerima penghargaan Ballon d’Or?

Ballon d’Or merupakan satu penghargaan individu dalam bola sepak. Tahun lalu, Cristiano Ronaldo menjadi pemain terbaru yang menerima penghargaan itu. Ronaldo menerima anugerag tersebut buat kali kelimat bukan tanpa sebab. Pada musim lepas, pemain dari Portugal itu mencatat 53 gol bersama kelab dan skuad kebangsaan. Dia juga mencatat 13 bantuan gol dalam 60 perlawanan.

Bagaimana dengan Salah? Jika melihat kepada statistiknya pada tahun ini, Salah sudah meraih 20 gol dan tujuh bantuan jaringan dalam semua kejohanan yang disertai. Jumlah itu masih boleh bertambah kerana saingan Liga Perdana Inggeris masih belum tamat dan The Kops juga masih bersaing di Liga Juara-Juara Eropah. Piala Dunia 2018 juga bakal menyusul beberapa bulan lagi. Itu belum dikira dengan jaringan dan bantuan gol pada musim depan.

Adakah hanya mencatatkan bantuan gol dan bantuan jaringan sudah cukup untuk mendapatkan Ballon d’Or? Sudah pasti belum kerana terdapat satu faktor yang mungkin menjadi halangan terbesar buat Salah untuk meraih penghargaan itu, iaitu prestasi pasukan.

Salah sememangnya sering menghasilkan gol serta bantuan jaringan kepada rakan sepasukan tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang kilauan trofi yang dihadiahkannya buat Liverpool atau Mesir. Liga Perdana Inggeris sudah menjadi milik Manchester City, Liverpool juga tersingkir daripada Piala FA selepas ditundukkan West Bromwich Albion di pusingan keempat.

Maka, hanya ada Liga Juara-Juara yang menjadi peluang terbaik buat Liverpool untuk menjulang piala pada musim ini tatkala peluang untuk ke final sangat cerah walaupun mereka bakal bertemu Bayern Munich atau Real Madrid, lawan yang sangat sukar. Di Piala Dunia, peluang Mesir sudah pasti jauh lebih kecil berbanding pasukan lain.

Adakah ini detik terbaik Salah meraih Ballon d’Or?