Luar Negara Eropah

Ekslusif: Temubual kami bersama penganalisis taktikal peribadi terkemuka, Loran Vrielink

Dengan kehadiran teknologi garisan gol dan video bantuan pengadil kebelakangan ini, bola sepak moden secara tidak langsung telah memasuki era baru teknologi. Bagaimanapun, banyak kelab kini bergantung kepada “Big Data” untuk meningkatkan prestasi pasukan dan ini membuatkan penganalisa taktikal, Loran Vrielink, mencari jalan untuk memperbaiki prestasi individu seseorang pemain menggunakan teknik inovatif yang diterapkan ke dalam corak permainan pemain tersebut.

Football Tribe sempat menemu bual Loran Vrielink dan pemain bintang Urawa Reds, Quenten Martinus yang kini menjadi ‘client’ Loren, pada awal bulan ini untuk membincangkan pendekatan mereka terhadap bolasepak.

Football Tribe: Terima kasih kerana sudi bersama dengan kami. Boleh anda terangkan skop pekerjaan anda?

Vrielink: Saya adalah penganalisa taktikal peribadi untuk pemain bolasepak profesional. Saya memberi fokus kepada individu kerana ketua jurulatih setiap kelab sudah memberi lebih perhatian kepada aspek berpasukan. Manakala seorang ejen pula akan mengambil tahu tentang pemain secara individu dan saya juga membantu pemain-pemain untuk ke kelab besar dan memperkembangkan prestasi.

Football Tribe: Mengapa anda memilih karier ini?

Vrielink: Saya bermain bola keranjang secara profesional, dimana ia lebih kepada individu kerana memerlukan pemain kecil seperti saya dan juga pemain tinggi untuk melompat. Hasilnya, akan ada pelatih yang berbeza untuk memberi perhatian terhadap kebolehan menggelecek dan aspek individu. Bola sepak lebih berasaskan pasukan.

Saya juga pernah bekerja di sekolah, mewujudkan video mengenai tingkah-laku kanak-kanak untuk menunjukkan ibu bapa mereka bagaimana kelakuan mereka di dalam kelas. Saya menggabungkan kedua-dua aspek ini ke dalam bola sepak dan memulakan syarikat saya dua tahun lepas. Saya pernah menjalani pendidikan di Barcelona selama sebulan dan melihat betapa pentingnya pengaruh individu.

Football Tribe: Apa yang membuatkan bola sepak menjadi lebih sukar dianalisa secara statistik berbanding bola jaring dan besbol.

Vrielink: Ia sukar digunakan kerana lebih kompleks. Terdapat 22 orang pemain yang berinteraksi antara mereka dalam bola sepak sementara bola keranjang hanya 10. Bola keranjang melibatkan banyak maklumat, seperti posisi lontaran.

Data dalam bola sepak berkembang pantas tetapi saya tidak bergantung sepenuhnya kepada statistik kerana saya turut melihat kepada kelakuan. Sebagai contoh, jika Martinus berjaya mengatasi lawan sebelum membuat hantaran tetapi rakannya tidak menjaringkan gol, dia bermain baik tetapi tiada siapa yang menyedarinya. Statistik tidak menceritakan segalanya.

Football Tribe: Apa cara yang anda gunakan untuk mengenal pasti kelakuan?

Vrielink: Ia agak rumit. Saya mendapatkan beberapa klip video dalam setiap perlawanan untuk melihat kelakuannya. Saya menonton selama 90 minit, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku di luar visual itu. Saya melihat kelakuannya setiap minggu, jadi saya tahu bagaimana dia melakukan hantaran atau ketika bertahan. Apabila anda melakukannya setiap minggu, anda akan tahu akan kelakuan pemain-pemain.

Football Tribe: Martinus, apakah yang membuatkan anda menggunakan pertolongan seorang penganalisa?

Martinus: Saya rasa sukar untuk saya mengenali diri sendiri. Saya sedar akan kemampuan yang saya ada tetapi saya tidak berjaya melihat gambaran sepenuhnya dansaya rasa saya mampu melakukan lebih lagi. Ejen saya juga berpendapat sama dan mencadangkannya kepada saya. Saya bercakap dengan Vrielink secara tertutup dan membuatkan saya menyedari banyak perkara. Saya sedar saya mampu meningkatkan diri sendiri dan melihat banyak perkara yang memberi pelbagai persoalan apabila di atas padang.

Dia menunjukkan apa yang patut saya lakukan di padang dan perkara ini jarang tidak dijelaskan melalui data. Kelakuan tidak berkaitan dengan statistik. Saya fikir saya mampu mempelajari lebih banyak peraka daripada Vrielink kerana dalam bola sepak, selain bakat dan statistik, anda memerlukan mentaliti.

Football Tribe: Adakah Martinus pelajar yang baik?

Vrielink: Dia anak didik yang baik. Pada mulanya, ramai yang meragukan apa yang kami lakukan kerana siapalah saya. Saya bukan bekas pemain tetapi pernah berlaku sesuatu yang mengubah kelakuan pemain, apabila mereka berfikir “Hei, Vrielink bercakap sesuatu yang menarik” dan saya melihatnya di luar padang. Saya suka bekerja dengannya dan jika tidak, saya tiada di sini.

Football Tribe: Adakah mudah atau sukar untuk mempelajari kelakuan baru apabila rakan sepasukan anda tidak melalui latihan yang sama?

Martinus: Proses yang saya lalui lebih fokus terhadap aspek-aspek individu. Saya hanya melihat kepada diri sendiri dan apa yang perlu dilakukan. Jika dia mencadanglan saya melakukan sesuatu dalam satu cara, saya akan ikutinya. Jika saya tidak memegang bola, ia bukan salah saya. Vrielink tidak menyuruh saya melakukan sesuatu tetapi bertanya mengapa saya melakukan sesebuah tindakan. Jadi, dia bertanya bagaimana jurulatih mahu saya berlari atau bagaimana rakan sepasukan bertindak kepada saya dalam sesetengah perkara.

Vrielink: Setiap jurulatih mempunyai strategi berbeza, jadi saya harus menyesuaikan diri dengannya berbanding menggunakan cara sendiri. Saya membantu pemain menjadi bagus dalam sesebuah system. Tujuannya adalah untuk mendapatkan persembahan terbaik Martinus menggunakan pendekatan jurulatih.

Martinus: Dia melihat kepada posisi saya, jadi jika dia menyaksikan saya menunggu bola tanpa mengejar dalam sesebuah situasi, dia akan memberitahu saya. Walaupun perkara ini menolong saya dari segi individu, saya tetap perlu memastikan bahawa saya berfungsi dalam sistem yang digunakan oleh pasukan.

Football Tribe: Apa proses yang anda gunakan untuk membantu ‘client’ anda?

Vrielink: Kami bermula dengan sesi taktikal bebas kerana saya mahu menunjukkan pemain-pemain akan kebolehan mereka. Saya melihat dalam setiap bahagian, setiap satu bahagian mempunyai 70 klip. Saya menunjukkan perkara baik kepada pemain-pemain tetapi perkara buruk juga ditampilkan dalam situasi yang sama.

Kami fokus pada corak menyerang dan bertahan pada mulanya sebelum melihat aspek lain sehingga semua jenis corak permainan individu dapat dikuasai dan pemain tahu apa yang mereka lakukan, baik atau buruk serta bagaimana mereka boleh melakukannya lebih baik di masa akan datang.

Football Tribe: Apa yang anda rasa ketika melalui proses tersebut?

Martinus: Ia agak menyeronokkan. Setiap minggu anda akan melihat kepada diri sendiri dan anda juga melakukan perkembangan yang bagus. Jika anda melihat perkara yang biasa anda lakukan dan kembali ke corak permainan asal, anda akan menyedarinya. Agak bagus untuk melihat semula dan membandingkan corak permainan anda yang dulu dengan yang sekarang.

Vrielink: Semakin lama anda melakukannya, semakin banyak perkara positif akan berlaku. Dia mungkin melakukannya dengan salah pada peringkat awal tetapi kali kedua, dia melakukan dengan sempurna kerana dia tahu apa akan berlaku. Ketika proses itu dia akan lebih sedar akan pergerakkannya di atas padang. Kebanyakan pemain tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi di atas padang dan melalui cara menunjukkan mereka klip-klip itu, mereka akan tahu apa yang mereka lakukan, sama ada betul atau salah. Pemain seperti Iniesta adalah contoh pemain yang tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi di atas padang, kerana dia melalukan segala perkara dengan sempurna tanpa mengetahui sebab dibelakang setiap pergerakkannya.

Football Tribe: Bagaimana anda mempelajari tentang bola sepak sedangkan tidak bermain secara profesional?

Vrielink: Sesetengah pemain meragui saya kerana perkara itu. Ia sudah tentu. Mereka akan memanggil saya “jurulatih segera”, terutamanya bekas-bekas pemain yang bergelar jurulatih. Tetapi, bola sepak kini berubah kepada memasukkan sekali elemen data dan analisa yang lebih banyak. Di Jerman, mereka lebih ke depan berbanding Belanda kerana jurulatih muda meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk memahami permainan. Bekas pemain pernah bermain di atas padang tetapi mereka tidak meluangkan masa untuk memahami aspek-aspek lain berkaitan bolasepak moden. Sebagai seorang jurulatih, anda perlu memahami fungsi semua pihak, bukan sekadar kerja anda di atas padang latihan.

Martinus: Saya rasa kita harus menggabungkan pendapat-pendapat ini. Sesetengah perkara berlaku kadangkala di atas padang dan anda tidak akan dapat melihatnya melalui video. Saya menjelaskan mengapa saya melakukan sesuatu perkara dan dia memahaminya. Kami menganalisa bersama dan ia membantunya untuk memahami kelakuan saya.

Football Tribe: Ia tampak seperti melibatkan kepercayaan yang besar dalam hubungan anda.

Martinus: Apabila Vrielink bertanya apa yang berlaku dalam sesetengah insiden, saya berfikir “apakah jawapan yang anda mahukan?” tetapi saya menerangkannya dan dia faham.

Vrielink: Sangat penting untuk mempunyai kami mempunyai pertalian rapat antara satu sama lain atau proses ini mungkin tidak berjaya. Saya hanya mahu pemain-pemain yang gembira dan mahu meningkatkan prestasi mereka. Apabila saya melihat seseorang pemain melakukan sesuatu yang sudah kami bincang dan ajarkan, ia sangat hebat. Setiap minggu saya duduk di depan televisyen dan berharap semua pemain saya akan beraksi di tahap terbaik.

Football Tribe: Apakah persamaan kualiti dalam setiap pemain yang anda usahakan?

Vrielink: Mereka harus mahu berusaha untuk diri mereka. Kebanyakan pemain menjadi kritikal terhadap diri mereka tetapi ia termasuk mengenai rakan sepasukan. Pemain-pemain harus lebih terbuka dan bersedia untuk melihat kepada prestasi mereka. Ia memerlukan masa untuk mengusahakan perkara ini dan anda memerlukan etika kerja yang hebat kerana terdapat latihan dan analisa yang penting disebalik proses ini. Kadangkala, ia memang mengambil masa, tetapi pemain-pemain di bawah saya bersedia melakukannya.

Apakah nasihat anda kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini?

Vrielink: Saksikan seorang pemain selama 90 minit. Anda akan mengenal pasti beberapa corak unik pemain itu. 80 peratus penyokong akan menyaksikan bola, tidak kira di depan atau bawah tetapi jika anda melihat kepada pemain, anda akan menyaksikan kelakuan yang orang lihat dan juga yang tidak disedari orang ramai. Kadangkala, saya menunjukkan kepada Martinus sesetengah klipnya dan dia berkata “bila perkara ini berlaku?” Apa yang anda lihat bukan statistik. Anda mencari corak-corak yang dimiliki seorang pemain dan ia memerlukan konsentrasi yang tinggi.

Football Tribe: Syarikat anda tampak berkembang dengan pantas?

Vrielink: Ketika tahun pertama, saya melakukan segalanya dengan diri sendiri. Saya bermula dengan pemain Swansea City dan Belanda, Leroy Fer, pada November 2016. Pada January, saya bermula bersama Quenten. Kini, terdapat lapan orang pekerja dan saya bersedia untuk musim depan kerana ramai pemain yang akan tiba. Kami memiliki 18 orang pelanggan dan sedang berbincang dengan 15 orang lagi.

Football Tribe: Anda masih berusia 26 tahun dan telah menjadi pelopor bidang ini, jadi apakah impian anda?

Vrielink: Saya mahu menjadi ketua jurulatih kerana bagi saya ia adalah langkah pertama. Ia akan menjadi sangat pantas dalam dua musim. Saya berharap dapat menjadi lebih bagus dan menyertai kelab profesional dan membuktikan kemampuan, kemudian mengendalikan kelab besar di Eropah.

Football Tribe: Terima kasih kerana sudi berbicara dengan kami.