Luar Negara Malaysia

Negara-negara yang mungkin wajar mengambil Arsene Wenger menjadi jurulatih skuad kebangsaan

Kebiasaannya selepas sekian lama seorang pengurus bergelumang dengan bolasepak di peringkat kelab, bagi menamatkan kerjayanya dia akan memilih untuk menguruskan pasukan kebangsaan kerana lebih santai. Selepas mengumumkan perletakan jawatannya bersama Arsenal di penghujung musim ini, mungkinkah Wenger akan memilih menjadi jurulatih skuad kebangsaan? Jika ya, mungkin ini negara-negara yang mungkin sesuai untuk Wenger.

 

Jepun

Jurulatih sekarang: Akira Nishino

Wenger memang tidak asing dengan Jepun. Dia pernah menjadi jurulatih bersama Nagoya Grampus sebelum berhijrah ke Arsenal. Namun, dengan Jepun yang bakal beraksi di Piala Dunia nanti, mungkin belum masanya untuk Wenger ke sana.

Italy

Jurulatih sekarang: Luigi di Biagio (Sementara)

Itali masih mencari jurulatih baru selepas kegagalan mereka ke Piala Dunia. Jika Wenger menyertai Itali, pasti sukar untuk dia menukar corak permainan Itali yang mementingkan pertahanan.

France

Jurulatih sekarang: Didier Deschamp

Mungkin satu perkara romantik jika Wenger menamatkan kerjayanya dengan memimpin Perancis menjulang Piala Dunia. Tetapi dengan Deschamp yang melakukan kerja dengan baik setakat ini, sukar untuk kita lihat Wenger menggantikan tempatnya.

England

Jurulatih sekarang: Gareth Southgate

Setelah sekian lama berkerja di England, mungkin sukar buat Wenger meninggalkan England. Setelah melakukan begitu banyak tranformasi terhadap bolasepak Inggeris, mungkin Wenger mampu melakukan perkara yang sama bersama skuad kebangsaan England.

Amerika Syarikat

Jurulatih sekarang: Dave Sarachan (sementara)

Satu lagi pasukan yang tidak berjaya ke Piala Dunia. Wenger berjaya melakukan tranformasi di bumi England, tidak mustahil dia boleh melakukan perkara yang sama di Amerika Syarikat. Dengan ilmu yang banyak bersamanya serta sukan bolasepak yang sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat, mungkin Wenger boleh mencuba nasib bersama skuad kebangsaan USA.

Malaysia

Jurulatih sekarang: Tan Cheng Hoe

Siapa tahu kalau Wenger berminat untuk melatih pemain-pemain Malaysia? Pernah membawa Arsenal beraksi di Malaysia beberapa kali, pastinya sedikit sebanyak Wenger sudah tahu bagaimana bolasepak di Malaysia kan? Pasti menarik kalau dia dapat bergandingan dengan Datuk K.Rajagobal