Luar Negara Eropah

Calon-calon pengganti Arsene Wenger di Emirates

Arsene Wenger sah meletakkan jawatan. Satu perkara yang mungkin masih sukar dihadam oleh peminat Arsenal buat masa ini. Tetapi di setiap pengakhiran, akan ada permulaan. Selepas ini, persoalan yang akan menjadi hangat adalah, siapa penggati Wenger? Mari kita lihat calon-calon yang mungkin menggantikan tempat Wenger.

 

Leandro Jardim

Kelab sekarang: Monaco

Kekuatan Jardim mungkin ada persis Wenger. Dia pandai menggilap pemain-pemain muda untuk menjadi bintang yang bersinar. Antara pemain muda yang pernah beraksi di bawah Jardim adalah Kylian Mbappe, Bernardo Silva dan Thomas Lemar. Dari seorang bekas pengurus Monaco kepada seorang lagi pengurus Monaco untuk Arsenal?

Massimiliano Allegri

Kelab sekarang: Juventus

Mungkin pengurus terbaik dalam senarai pengganti Wenger. Allegri telah memenangi kejuaraan Serie A berturut-turut bersama Juventus dan seorang pakar taktikal yang mampu mengubah pasukan mengikut perlawanan.

Patrick Vieira

Kelab sekarang: New York City FC

Bekas jeneral di atas padang untuk Wenger dan tunjang skuad Invincibles. Biarpun tidak mendapat tempat di Arsenal selepas bersara daripada bolasepak dan menjadi jurulatih di Manchester City, Vieira mungkin calon sesuai untuk menggantikan Wenger kerana dia memahami falsafah Arsenal.

Mikel Arteta

Kelab sekarang: Manchester City (Pembantu Pengurus)

Juga seorang bekas pemain Arsenal. Arteta dikatakan antara bekas pemain yang mempunyai potensi cukup besar untuk jadi pengurus. Disebabkan potensi berikut, Pep Guardiola dengan pantas mengambil Arteta menjadi pembantunya. Mungkin Arteta mampu membawa formula Pep ke Arsenal?

Brendan Rodgers

Kelab sekarang: Celtic FC

Bekas pengurus Liverpool ini sedang menikmati kerjaya hebat bersama Celtic. Berjaya membawa Celtic bergelar juara tanpa kalah sebarang perlawanan, mungkin Rodgers boleh mengulanginya bersama Arsenal seperti Wenger?

Julian Nagelsmann

Kelab sekarang: Hoffenheim

Antara pengurus muda berbakat di Jerman yang telah membawa pasukan seperti Hoffenheim bersaing di Eropah. Mungkin satu perubahan mendadak jika pengurus muda ini diberi jawatan Arsenal.

Domenico Tedasco

Kelab sekarang: Schalke 04

Seorang lagi pengurus muda dari Jerman. Tedesco seorang pengurus yang cukup versatil. Kini dalam misi mengekalkan Schalke di tempat kedua Bundesliga dalam musim pertamanya sebagai pengurus.

Carlo Ancelotti

Kelab sekarang: Tiada

Mungkin Ancelotti calon paling relevan. Tidak terikat dengan mana-mana kelab, mempunyai pengalaman membawa pasukan besar, mempunyai pengalaman di Liga Perdana Inggeris dan tahu bagaimana untuk menjulang kejuaraan.