Malaysia Berita

Anniversary Cup: PSSI akan tukar venue, Malaysia tarik diri?

Perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia sentiasa panas. Pertembungan dua negara serantau ini sentiasa dinanti oleh penyokong kedua-dua pasukan di peringkat Asia Tenggara.

Pertembungan antara dua negara ini dijangka berlaku di kejohanan ulangtahun PSSI Anniversary Cup pada bulan ini. Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia menganjurkan kejohanan ini sempena ulang tahun mereka dan antara negara yang bertanding adalah Malaysia, Bahrain, Korea Utara dan Indonesia sendiri.

Sebelum ini perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi kini lokasi perlawanan dijangka bertukar selepas PSSI dikatakan akan menggunakan Stadium Pakansari, Bogor untuk tujuan menguji stadium berkenaan untuk perlawanan bolasepak.

“Memang ada pilihan untuk menumpukan sepenuhnya di Pakansar kerana GBK sudah ditentukan tidak akan digunakan untuk bolasepak.

“semalam kami telah menimbangkan juga untuk menggunakan GBK tetapi PSSI sekarang fokus di Pakansari untuk tujuan ujian kejohanan dan lokasi juga.”

Pertukaran lokasi mungkin bukanlah satu masalah, namum ada ura-ura mengatakan bahawa Malaysia bakal menarik diri daripada kejohanan ini kerana sukar mengumpul pemain di luar kalendar FIFA.

Sebelum ini, Datuk Ong Kim Swee telah membuat keputusan untuk membawa pemain-pemain skuad bawa 21 tahun untuk beraksi dalam kejohanan ini. Ada pemain-pemain ini yang berada dalam skuad utama kelab masing-masing di Liga Malaysia dan ada yang beraksi di Piala Presiden.

Jika benar Malaysia menarik diri, ini satu kerugian kerana bukan calang-calang pasukan yang akan dihadapi. Bertemu pasukan seperti Indonesia, Bahrain dan Korea Utara mampu memberikan pengalaman berharga buat pemain-pemain ini