Malaysia Liga Super Malaysia

Selepas Torres, Oscar pula dikaitkan dengan Johor DT

Selagi belum mengumumkan siapakah pemain import yang akan dibawa masuk, akan timbul banyak spekulasi mengenai pemain baru Johor Darul Ta’azim (JDT) menjelang jendela perpindahan kedua ini.

Selepas Ronaldinho dikaitkan dengan JDT ekoran kenyataannya mahu beraksi di Malaysia secara percuma, seorang lagi rakan senegaranya dikaitkan dengan JDT .

Bekas pemain Chelsea, Oscar, pemain terbaru yang dikaitkan dengan juara Liga Super itu. Oscar kini beraksi bersama Shanghai SIPG di Liga Super China.

Mungkin benar, mungkin tidak. Yang membuatkan ianya agak sukar dipercayai kerana JDT mahu mencari pengganti buat Luciano Figeuroa yang beraksi sebagai penyerang. Oscar pula merupakan pemain tengah menyerang dan JDT sudah mempunyai ramai pemain di bahagian tersebut.

Sebelum Oscar, turut dikaitkan adalah penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres yang telah mengumumkan dia akan meninggalkan kelab Sepanyol tersebut di penghujung musim.

Oscar telah membuat 131 penampilan buat Chelsea dan menjaringkan 21 gol sejak menyertai pasukan tersebut pada tahun 2012 hingga 2016. Dia kemudiannya menyertai Shanghai SIPG pada tahun 2017 dan menjaringkan enam gol daripada 24 penampilan.