Luar Negara Eropah

Antonio Conte berdepan risiko dipecat jika tewas kepada Barcelona

Menang ke atas Barcelona atau berdepan risiko dipecat.

Itulah amaran daripada bekas pengurus Chelsea, Ruud Gullit kepada Antonio Conte menjelang perlawanan bertemu Barcelona minggu ini.

Chelsea terikat 1-1 dalam perlawanan menentang Barcelona di tempat lawan selepas Lionel Messi menjaringkan gol penyamaan. Untuk perlawanan timbal balik ini, Chelsea tiada pilihan selain menyerang untuk memperoleh kemenangan.

“Jika dia tidak dapat mencari penyelesaian kepada corak permainan menyerang Barcelona, Conte akan diserang dari pelbagai arah.

“Menentang Barca, Conte boleh membuktikan dia sudah belajar dari pendekatan pasif ketika menentang Manchester City. Dia mesti menunjukkan bahawa dia mampu merancanga taktikal yang boleh membawa mereka kepada kemenangan.

“Dalam perlawanan menentang Barca di Stamford Bridge, nasib tidak menyebelahinya kerana pasukannya terlepas banyak peluang dan Barcelona menjaringkan gol dari satu-satunya peluang mereka.

“Pengurus, sudah tentu bergantung kepada kualiti skuad mereka.

“Tetapi di peringkat tertinggi Eropah, ada ramai pemain dengan kualiti yang sama. Di sini lah pilihan dan keputusan jurulatih memainkan peranan. Conte tidak bertindak ketika diperlukan.”

Gullit turut menyatakan, Conte perlu membawa Chelsea sekurang-kurangnya ke suku akhir untuk mengelak dari dipecat.