Malaysia Liga Super Malaysia

Kedah jumpa Negeri Sembilan tanpa dua tonggak utama

Menjelang perlawanan Piala FA bertemu Negeri Sembilan hari ini, Kedah FA nampaknya perlu membuat percaturan baru selepas dua pemain utama mereka disahkan terkeluar bagi perlawanan itu.

Penyerang utama, Pablo Pallares dan bintang muda Kedah, Akhyar Rashid dikhabarkan tidak dapat beraksi dalam perlawanan tersebut.

Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote mengesahkan dua pemain ini tidak akan beraksi dan akan memastikan pelan B mampu membantu jentera serangan Kedah.

“Pada sesi latihan semalam, kita membuat beberapa persiapan termasuk pengganti bahagian penyerang dan sayap untuk menghadapi sebarang kemungkinan seandainya mereka tidak dapat beraksi,” kata Marcote seperti dilaporkan Harian Metro.

Antara pemain yang mampu menggalas tugas buat Kedah adalah seperti Sandro da Silva, Farhan Roslan dan Andik Vermansyah. Pastinya Ramon Marcote mempunyai ramuannya untuk membantu Kedah menewaskan Negeri Sembilan.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu di perlawanan akhir Piala pada tahun 2010 yang menyaksikan Negeri Sembilan menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.