Luar Negara Berita

Safawi Rasid terima layanan baik di Portimonense

Nampaknya Safawi Rasid dilayan dengan baik sepanjang berada di kelab Portugal, Portimonense.

Ini apabila akaun media sosial rasmi Portimonense Futebol SAD memuatnaik beberapa gambar Safawi yang membuat lawatan di beberapa tempat di sekitar bandar Portimao.

“Safawi melawat bandar Portimao, dia amat diterima dalam kalangan peminat Portimonense,” kata akaun rasmi Portimonense.

“Safawi juga sempat bertemu dengan datuk bandar Portimao sebagai satu simbolik bahawa beliau diterima dengan baik di bandar ini.

“Beliau gembira dan teruja dengan kecantikan semula jadi bandar kami.”

Safawi kini berlatih bersama dengan pasukan utama selepas beberapa minggu berlatih bersama skuad B-23.

Beliau menanti dengan penuh sabar untuk penampilan kali pertamanya.

Portimonense akan menerima kunjungan Santa Clara dalam saingan Liga Primeira esok pada jam 11 malam di Estadio Municipal de Portimao.