Luar Negara

FIFA nafi spekulasi bakal tarik hak tuan rumah Piala Dunia 2022 Qatar

Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menafikan spekulasi bahawa hak Qatar untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 akan ditarik.

Spekulasi mengenai perkara tersebut timbul di sosial media apabila satu kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Sukan Arab Saudi di laman Twitternya dipetik oleh media Jerman.

Namun, seorang wakil FIFA telah menyatakan bahawa tiada sebab untuk Piala Dunia tidak berlangsung di Qatar.

“Jika FIFA benar-benar mahu menarik hak tuan rumah daripada Qatar, adakah anda rasa mereka akan membenarkan seorang menteri dari Arab Saudi yang membuat kenyataan?

“Jadi jika FIFA tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kami tidak akan akan menarik hak Qatar menjadi tuan rumah.”

Arab Saudi dan rakan sekutu mereka, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrai sebelum ini telah melancarkan boikot pengangkutan dan hubungan diplomatik terhadap Qatar dengan dakwaan negara berkenaan menyokong keganasan dan bersahabat dengan Iran.