Luar Negara

Pengarah Teknikal FAT sedia lepas jawatan jika Thailand gagal pertahan Piala AFF Suzuki

Pengerusi Teknikal Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), Witthaya Laohakul bersedia melepaskan jawatannya jika skuad Thailand gagal mempertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki tahun ini.

Menurut laporan Bangkok Post, Thailand akan menurunkan skuad senior mereka untuk Piala AFF Suzuki nanti walaupun ada laporan sebelum ini menyatakan Thailand akan menurunkan skuad remaja mereka.

“Kami akan menurunkan skuad senior untuk Piala AFF Suzuki. Jika kami menurunkan skuad remaja dan gagal mempertahan kejuaraan, ianya akan menjadi satu bencana kepada bolasepak Thailand. Kalau kami menurunkan skuad senior dan gagal mempertahan kejuaraan, saya akan bertanggungjawab.”

Skuad kebangsaan Thailand akan beraksi dalam kejohanan Piala Raja Thailand di Stadium Nasional Rajamangala pada 23-25 Mac. Selain Thailand, turut beraksi merebut piala berkenaan adalah Slovakia, UAE dan Gabon.

Jurulatih Thailand, Milovan Rajevac menyatakan bahawa pemain-pemain Thailand di luar negara seperti Teerasil Dangda, Threerathon Bunmathon dan Chanatip Songkrasin akan dipanggil untuk beraksi dalam Piala Raja Thailand nanti.