Asia

Gelora Bung Karno, Bukit Jalil, Shah Alam – 10 stadium terbesar di Asia Tenggara

Cuba tanya mana-mana rakan anda yang selalu menyaksikan perlawanan bolasepak secara langsung di stadium, mampukah mereka membandingkan pengalaman tersebut dengan pengalaman menyaksikan bolasepak melalui kaca televisyen? Sudah tentu tidak.

“Tetapi mahal lah untuk fly ke Eropah untuk tengok game bola?”

Anda tidak perlu pergi ke Eropah untuk menyaksikan perlawanan bolasepak yang menghiburkan. Malah, kita sebenarnya bernasib baik kerana Asia Tenggara merupakan antara lokasi terbaik untuk menyelami dan mengalami budaya bolasepak yang cukup fanatik.

Cuba lihat Indonesia. Baru-baru ini, ratusan peminat Persija Jakarta mereka membuat perjalanan daripada Jakarta ke Johor Bahru untuk memberi sokongan kepada skuad Macan Kemayoran apabila mereka turun padang untuk perlawanan Piala AFC menentang Johor Darul Ta’zim.

Bercakap tentang Asia Tenggara dan juga budaya menyaksikan bolasepak di stadium, rantau ini juga menjadi tuan rumah kepada beberapa stadium terbesar di dunia. Siapa yang boleh melupakan atmosfera di Stadium Bukit Jalil ketika Malaysia bertembung dengan Indonesia di final Piala Suzuki 2010. Ataupun ketika pasukan B-23 tahun kedua-dua negara bertemu di Stadium Gelora Bung Karno untuk final Sukan SEA pada tahun 2011.

Berikut adalah senarai 10 stadium terbesar di Asia Tenggara:

STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL (Malaysia)
Kapasiti: 87,411
Tarikh Siap: 1996
Digunakan Oleh: Skuad kebangsaan Malaysia

STADIUM SHAH ALAM (Malaysia)
Kapasiti: 80,372
Tarikh Siap: 1994
Digunakan Oleh: PKNS FC (Sebelum ini digunakan oleh Selangor FA)

STADIUM GELORA BUNG KARNO (Indonesia)
Kapasiti: 76,127
Tarikh Siap: 1962
Digunakan Oleh: Skuad kebangsaan Indonesia, Persija Jakarta

STADIUM OLIMPIK PHNOM PENH (Cambodia)
Kapasiti: 70,000
Tarikh Siap: 1964
Digunakan Oleh: Skuad kebangsaan Cambodia

STADIUM CAN THO (Vietnam)
Kapasiti: 60,000
Tarikh Siap: 1953
Digunakan Oleh: XSKT Can Tho F.C.

STADIUM UTAMA PALARAN (Indonesia)
Kapasiti: 60,000
Tarikh Siap: 2008
Digunakan Oleh: Borneo FC

STADIUM NASIONAL SINGAPURA (Singapura)
Kapasiti: 55,000
Tarikh Siap: 2004
Digunakan Oleh: Skuad kebangsaan Singapura

STADIUM GELORA BUNG TOMO (Indonesia)
Kapasiti: 55,000
Tarikh Siap: 2010
Digunakan Oleh: Persebaya Surabaya

STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (Malaysia)
Kapasiti: 50,000
Tarikh Siap: 2008
Digunakan Oleh: Terengganu FC

STADIUM NASIONAL RAJAMANGALA (Thailand)
Kapasiti: 49,722
Tarikh Siap: 1998
Digunakan Oleh: Skuad kebangsaan Thailand