Liga Super Malaysia

Hujan tangguhkan perlawanan Kuala Lumpur vs JDT

Perlawanan di antara Kuala Lumpur dan JDT terpaksa ditangguhkan pada minit ke-56 perlawanan ekoran hujan lebat dan padang bertakung.

Kuala Lumpur mengejutkan juara bertahan, JDT apabila pemain import Brazil, Paulo Josue membuka jaringan yang juga gol pertama untuk Kuala Lumpur di Liga Super musim ini pada penghujung babak pertama.

Barisan pertahanan Kuala Lumpur dan penjaga gol, Kamarul Effendi bermain baik untuk menahan asakan JDT yang diketuai Luciano Figueroa.

Hujan lebat yang turun pada separuh masa kedua menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan dan selepas berbincang, komisioner perlawanan mengumumkan perlawanan terpaksa ditunda dan perlawanan akan disambung pada pukul 5 petang Ahad.