
Gonzalo Cabrera sah pulang ke Johor Darul Ta’azim!
Juara bertahan Liga Super Malaysia, JDT telah mengumumkan bahawa Gonzalo Cabrera akan kembali menyertai skuad mereka, sekaligus melengkapkan kuota import untuk musim 2018.
Perkara ini didedahkan melalui sambungan video pelancaran jersi mereka, yang dimuat naik oleh laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers petang ini.
Thanks to everyone for messages, it's really an honor to be back in JDT 🔵🔴 and I want to thank TMJ for always believing in me, and give me the opportunity to be here again, I'm very happy !! and you??? I’M BACK! 👊🏻👊🏻👊🏻 @OfficialJohor pic.twitter.com/4C2luQa6S3
— Gonzalo Cabrera 🇦🇷 (@gonza11cabrera) February 2, 2018
Di penghujung video tersebut, Lucho Figueroa bertanya tentang pemain import kelima JDT kepada Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, sebelum Gonzalo Cabrera muncul daripada salah satu kereta mewah yang dipamerkan.
Cabrera dijangka akan mengisi slot import Asia untuk skuad Southern Tigers, di samping empat lagi pemain import iaitu Jorge Pereyra Diaz, Lucho Figueroa, Marcos Antonio dan Hariss Harun.
Musim lepas, Cabrera berjaya menjaringkan 19 gol dalam 35 lima perlawanan untuk JDT dan menjadi antara tonggak paling penting dalam kejayaan mereka menjulang Piala Malaysia buat kali pertama sejak revolusi TMJ bermula pada tahun 2013.