
Johor Darul Ta’azim telah mengumumkan bahawa dua bintang muda mereka, Syamer Kutty dan juga Dominic Tan akan dihantar ke Portugal untuk menyertai kelab Vilaverdense FC untuk tempoh satu tahun.
Pengumuman tersebut dibuat melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers dan kenyataan tersebut turut mendedahkan bahawa kedua-dua pemain ini akan bertolak ke Portugal hari ini (26 Januari 2018).
“Pihak pengurusan bersetuju untuk menghantar Mohd Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan ke Kelab Bolasepak Vilaverdensen selama setahun. Mereka berdua akan bertolak ke Portugal pada esok 26hb Januari 2018.
“Pastinya kedua-dua pemain ini dapat menimba lebih pengalaman disana dan membawa satu impak positif ke dalam kelab JDT dan negara selepas bermain di kelab luar negara,” kata Johor DT, melalui kenyataan tersebut.
Vilaverdense FC adalah sebuah kelab bolasepak bersaiz kecil yang berpangkalan di daerah Braga. Pada masa ini, Vilaverdense bermain di peringkat Terceira Divisão Série A, iaitu divisyen keempat di Portugal.
Ini merupakan peluang yang cukup berharga untuk Syamer dan Dominic – dua pemain yang berjaya membantu skuad B-23 tahun Malaysia melakar sejarah di China baru-baru ini tetapi kami turut berpendapat bahawa keputusan ini mempunyai beberapa impak lain yang juga penting untuk bolasepak Malaysia.
Berikut adalah lima sebab JDT bijak untuk menghantar kedua-dua pemain ke bumi Portugal.