Jepun gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC B-23 tahun selepas tewas 0-4 di tangan Uzbekistan petang tadi.
Skuad Hajime Moriyasu menjadi pilihan ramai untuk menewaskan Uzbekistan, namun tahap kematangan pemain Uzbekistan akhirnya menjadi faktor penting yang membantu mereka merangkul slot separuh akhir.
Javodir Sidikhov membuka tirai jaringan pada minit ke-31, sebelum Dostonbek Khamdamov menjadikan skor perlawanan 2-0 dengan gol yang cantik pada minit ke-34.
Limit minit selepas itu, Jasurbek Yakhshiboev meledak untuk meletakkan Uzbekistan 3-0 di hadapan, dan sekaligus menghancurkan ‘morale’ pemain-pemain Jepun.
Skor tersebut memberi peluang kepada Uzbekistan untuk mengawal tempo perlawanan, sebelum mereka akhirnya berjaya menjaringkan gol keempat dua minit selepas babak kedua bermula.
Kemenangan ini bermakna skuad Khayradov berjaya mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama dalam sejarah dan akan bertemu pemenang perlawanan suku akhir ketiga di antara Korea Selatan dan Malaysia, di peringkat tersebut.