Luar Negara

Salam Perpisahan, Maestro: Saksikan video kompilasi aksi-aksi terbaik Ronaldinho

Salam perpisahan, maestro.

Baru-baru ini, ejen Ronaldinho mengesahkan bahawa bekas bintang Barcelona dan Brazil itu telah sah bersara daripada dunia bolasepak, selepas bertahun-tahun menjadi antara pemain bolasepak yang paling ajaib dalam sejarah sukan ini.

Siapa yang tak suka Ronaldinho? Dia bukan sahaja pantas, cerdik menggunakan bola, dan kreatif di atas padang, malah Ronaldinho juga merupakan pemain yang sering mempunyai senyuman di atas mukanya, sepanjang 90 minit perlawanan.

Untuk mengingati sumbangan Ronaldinho kepada dunia bolasepak, saksikan video kompilasi di atas.