Asia AFC U23 Championship

Piala AFC B-23: Vietnam cipta kejutan, berjaya tewaskan Australia

Skuad B-23 tahun Vietnam telah mencipta kejutan yang cukup besar hari ini selepas berjaya menewaskan Australia di pentas Piala AFC B-23.

Gol tunggal Nguyen Quang Hai menbantu Vietnam meraih tiga mata, meskipun Australia mendominasi tempo perlawanan sepanjang 90 minit tersebut.

Ante Milicic membuat lapan pertukaran daripada kesebelasan utama yang menewaskan Syria tempoh hari dan turut merehatkan George Blackwood – pemain yang menjaringkan dua gol menentang Syria.

Namun dalam 15 minit pertama, Australia jelas pasukan yang lebih positif – Ajdin Hrustic membuat dua cubaan jarak jauh dalam tempoh tersebut.

Vietnam mula menunjukkan taring mereka selepas itu dan menggunakan corak taktikal yang agresif untuk mengekang  kemaraan bintang-bintang Australia.

Pada babak kedua pula, skuad Olyroos mula meningkatkan intensiti perlawanan dan mula melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas gawang gol Vietnam. Walau bagaimanapun, pemain Vietnam cukup tenang dalam mengendalikan serangan-serangan tersebut, untuk memastikan bahawa skor kekal 0-0.

Walaupun hanya mengawal bola sebanyak 24% dalam perlawanan ini, anak buah Park Hang-seo akhirnya berjaya meledak pada minit ke-72, melalui percubaan deras Quang Hai, yang sekaligus membolehkan Vietnam meraih tiga mata pertama dalam sejarah kejohanan ini.

Saksikan highlight perlawanan tersebut di bawah!