Jika persembahan Malaysia ketika menentang Iraq dilihat sebagai perkara yang positif, corak permainan Malaysia pentang tadi boleh dikatakan cemerlang kerana mereka berjaya mengikat Jordan 1-1.
Jordan mendapatkan gol pertama pada minit ke-16 akibat kesilapan di bahagian pertahanan Malaysia, sebelum skuad negara bangkit semula dengan gol penyamaan pada minit ke-43, melalui sepakan penalti Safawi Rasid.
Pada babak kedua pula, Jordan mula melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas gawang Malaysia, namun Haziq Nadzli cemerlang menepis segala percubaan tersebut. Anak buah OKS turut mempunyai dua peluang untuk menjaringkan gol kedua, namun percubaan Akhyar dan Matt Davies dihalang oleh tiang gol.
Namun akhirnya, skor 1-1 kekal sehingga penghujung perlawanan dan ini bermakna Malaysia masih mempunyai harapan untuk mara ke peringkat kalah mati, bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir menentang Arab Saudi dan juga pertembungan di antara Iraq dan Jordan.
Berikut adalah lima perkara yang kami lihat ketika perlawanan petang tadi: