Asia AFC U23 Championship

Previu Kumpulan C Piala AFC B-23 Tahun: Cabaran besar menanti anak buah Kim Swee di China

IRAQ

Photo Credit: AFC

Ketua Jurulatih: Abdul Ghani Shahad
Pemain Tumpuan: Ayman Hussein

Iraq merupakan pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan ini atas dua sebab. Pertama, rekod mereka di kejohanan ini agak menakjubkan – Iraq memenangi Piala AFC B-23 tahun pada 2014, sebelum meraih tempat ketiga pada tahun 2016. Kedua, skuad Iraq ini tampak memiliki kualiti kemahiran individu yang begitu hebat. Iraq bukan sahaja mara ke pentas ini sebagai pemenang kumpulan mereka di peringkat kelayakan, malah mereka turut berjaya menyingkirkan pasukan gergasi Asia, Iran.

Skuad ini mengandungi beberapa nama hebat yang perlu diberi tumpuan. Antaranya adalah Hussain Ali, pemain yang menarik perhatian ramai ketika bermain di ‘Gulf Cup’ tempoh hari dan juga Ayman Hussein, penyerang yang akan kembali ke pentas AFC B-23 sebagai kapten pasukan Iraq dan tonggak utama mereka di bahagian serangan.

 

Trivia!

Ketua jurulatih Iraq, Abdul Ghani Shahad dikenali sebagai ‘one-club man’ di Iraq kerana dia hanya bermain untuk Al-Najaf FC sepanjang kariernya sebagai seorang pemain bola sepak.