Luar Negara

England Juara Piala Dunia FIFA U20, Solanke Menang Bola Emas

England berjaya muncul juara FIFA U20 World Cup yang berlangsung di Korea Selatan, selepas menewaskan pasukan Venezuela 1-0, hasil jaringan Dominic Calvert-Lewin pada minit ke 35.

Ini merupakan kejuaraan pertama England dalam sejarah kejohanan ini yang bermula pada tahun 1977. Keputusan terbaik England dalam kejohanan sebelum ini adalah tempat ketiga pada tahun 1993,  yang diadakan di Australia.

England Tidak Tewas Sepanjang Kejohanan.

Sejak perlawanan peringkat kumpulan lagi, England tidak tewas satu pun perlawanan, dan hanya melepaskan 1 gol pada peringkat ini ketika seri 1-1 bertemu Guinea.

Skuad ini juga membelasah Argentina 3-0 pada perlawanan pembukaan hasil jaringan Calvert Newin, Amstrong dan Solanke.

Sepanjang laluan mereka ke perlawanan akhir, England menewaskan Costa Rica 2-1 ( Pusingan Kalah Mati ), menang keatas Mexico 1-0 pada suku akhir, dan membenam Itali 3-1 di separuh akhir.

Pemain England Dinobatkan Sebagai Pemain Terbaik

Dominic Solanke, menerima anugerah ‘Golden Ball’ sebagai pemain terbaik kejohanan edisi 2017 di Korea Selatan. Penjaga gol England,  Freddie Woodman pula menerima anugerah ‘Golden Glove’.

Video Highlight Perlawanan Akhir FIFA U20 World Cup 2017