Luar Negara Berita

David Moyes bakal menggantikan Slaven Bilic di West Ham?

David Moyes bakal kembali ke dunia pengurusan?

Menurut laporan akhbar-akhbar di Eropah, David Moyes akan dibawa masuk oleh West Ham untuk menggantikan Slaven Bilic sebagai ketua jurulatih.

The Hammers sah memecat Slaven Bilic hari ini, selepas pasukannya tewas 4-1 di tangan Liverpool pada hujung minggu lepas. Kekalahan itu merupakan kekalahan ke-6 mereka untuk musim ini dan West Ham kini berada di posisi ke-18 dalam carta Liga Perdana Inggeris.

“West Ham boleh mengesahkan bahawa Slaven Bilic telah meninggalkan posisinya bersama kelab ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Slaven dan staf beliau untuk perkhidmatan mereka sepanjang dua tahun lepas. Namun, kami berpendapat bahawa kelab ini memerlukan perubahan untuk kita terus maju ke hadapan dan mengecapi impian jangka masa lama kelab ini,” kata West Ham, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.

Kini, Moyes dikatakan akan menjadi ketua jurulatih terbaru mereka dan West Ham akan membuat pengumuman tersebut dalam masa terdekat. Moyes dijangka akan diberikan kontrak enam bulan untuk menyelamatkan kelab London itu daripada tersingkir ke Championship,