Liga Super Malaysia

Annuar Musa kembali dicalonkan untuk jawatan Presiden KAFA

Tan Sri Annuar Musa kembali dicalonkan untuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi penggal 2017-2021 pada kongres tahunan badan induk itu ke-43 pada 17 September ini. Perkara tersebut disahkan oleh Setiausa Agung Kafa Datuk Ismail Md. Noor selepas tarikh tutup pencalonan berakhir pukul 5 petang semalam.

Ismail berkata, pada pemilihan kali ini Annuar akan ditentang empat calon lain sekaligus menyaksikan pertandingan lima penjuru.

“Empat lagi calon lain iaitu dua Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail; Pengerusi Chengal Jati Sdn. Bhd. Datuk Ir. Shaari Hassan dan Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu Bibi Ramjani Ilias Khan,” katanya kepada utusan malaysia

Mesyuarat Jawatan Kuasa Eksekutif Kafa yangg bersidang bulan lepas membuat ketetapan bahawa Kongres kali ini akan mengadakan pemilihan Jawatan Kuasa Eksekutif bagi penggal 2017/21.

Seramai 5 orang telah dicalon oleh PBj untuk jawatan Presiden oleh ahli ahli gabungan yg terdiri iaitu

1. Tan Sri Annuar Musa.
2. Dato Mohamad Nasir Hamzah. (**)
3. Datuk Hj.Rosmadi Ismail. (**)
4. Dato Ir. Shaari Hassan. (**)
5. Bibi Ramjani Ilias Khan.

Bagi jawatan timbalan presiden 4 orang telah dicalonkan oleh PBj yang terdiri darpada :

1. Dato Sri Afandi Hamzah. (**)
2. Datuk Rosmadi Ismail. (**)
3. Dato Mohamad Nasir Hamzah. (**)
4. Dato Ir Shaari Hassan. (**)

(**) Hanya boleh pilih 1 jawatan.

13 calon telah diketengahkan oleh PBj untuk jawatan Naib Presiden yang menyaksikan kemunculan bekas pemain bolasepak, tokoh-tokoh koporat, pentadbir, ahli politik dan sebagainya.

Manakala ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Exco) KAFA seramai 30 org telah dicalonkan oleh keseluruhan PBj.

Kedudukan mereka ini akan ditentukan oleh seramai 52 orang perwakilan yg terdiri daripada ahli-ahli gabungan kafa

°10 persatuan bolasepak jajahan (50 wakil)
°Persatuan bolasepak Melayu (1 wakil)
°Persatuan Bolasepak Cina Kelantan (1 wakil)

Calon-calon yang sudah dicalonkan oleh PBj perlu hadir dan mengesahkan pencalonan pada atau sebelum 14 September jam 5 petang.