Sukan SEA

Kami Tiada Strategi Istimewa Jumpa Malaysia Di Final

Semalam kami berkesempatan untuk meninjau sesi latihan akhir pasukan Thailand menjelang perlawanan akhir SUkan SEA 2017 bertemu Malaysia di Stadiium Shah Alam.

Ketua jurulatih Thailand, Worrawoot Srimaka ketika ditanya mengenai apakah beliau mempunyai strategi istimewa untuk menghadapai Malaysia yang mencatat keputusan menang dalam semua perlawanan sebelum, membeirkan maklum balas berikut.

“Hari ini (semalam) kami lebih memberikan fokus kepada latihan kami terutama di bahagian serangan dan pertahanan. Tiada sebarang strategi istimewa untuk final kerana bagi saya ia hanyalah satu perlawanan, dan jika kami mempunyai strategi istimewa, itu bermakna kami gugup”

Jurulatih berusia 49 tahun itu juga menyatakan Malaysia adalah sebuah pasukan yang memiliki kelebihan dibahagian serangan dan pemain sayap yang bagus.

Chenrop Samphaodi meraikan jaringan ketika bertemu Myanmar

Beliau juga menyatakan bahawa ramai pemain-pemain Thailand yang tidak pernah beraksi didepan 80,000 penonton dan ini mungkin akan memberikan sedikit kegusaran, tetapi ianya akan menjadikan mereka lebih yakin dimasa depan.

Berkenaan isu pengadilan, bekas pemain import Kelantan itu menyatakan kebimbingannya terhadap kualiti pengadilan.

“Saya sedikit risau dengan pengadil tetapi dia (pengadil) harus menjalankan tugasnya dengan baik. Jika berlaku kontroversi keputusan meragukan, dia perlu tahu ia akan memberikan kesan kepada kariernya”

Mengakhiri sesi, Worrawoot Srimaka memberikan mesej khas untuk penyokong Thailand yang hadir.

“Kepada penyokong Thailand, kami memerlukan sokongan dari and semua. Kami akan bawa pulang pingat emas untuk anda!”