Berita

Sukan SEA 2017: Vietnam Atur Latihan Di Korea Selatan Selama 2 Minggu

Skuad U22 Vietnam, dilaporkan akan membuat persiapan rapi menjelang sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bulan hadapan.

Memetik artikel dari The Thao Van Hoa, skuad kendalian  Nguyen Huu Thang itu akan berlepas ke Korea Selatan pada 30 Julai sehingga 11 Ogos 2017 dalam rangka memperkukuhkan pasukan untuk beraksi dalam acara bola sepak Sukan SEA yang akan bermula pada 14 Ogos nanti.

Mereka telah mengatur 2 perlawanan persahabatan, bertemu sebuah kelab divisyen 3 Korea Selatan, Mokpo City FC, yang beraksi dalam Korea National League dan Busan IPark FC yang beraksi dalam divisyen utama K League Challenge.

Pihak Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) difahamkan akan memberikan sokongan yang komprehensif kepada skuad Vietnam U22 semasa sesi latihan mereka disana dengan bantuan presiden KFA, Chung Monggyu, yang cukup berminat dengan bola sepak Vietnam selepas beliau berjaya merapatkan hubungan kedua-dua pihak melalui bola sepak.

Selepas selesai menjalani latihan di Mokpo International Football Center itu, skuad Vietnam U22 akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk menyertai saingan bola sepak Sukan SEA dalam misi memburu pingat emas.