Berita

TMJ Nasihatkan Penyokong JDT Supaya Jangan Mudah Koyak

“Kepada penyokong-penyokong JDT, selamat malam. Saya sayang anda. Farizal Marlias, saya dengan anda. Semua penyokong-penyokong JDT, saya sayang anda. (sambil mecium logo JDT).”, kata-kata TMJ untuk penyokong JDT.

“Lagi satu, mental jangan cepat sangat koyak. Baru kena ejek sikit mental dah koyak. Ini kena ejek berapa tahun, tak lut. Tak ada lut punya. Jadi, sentiasalah menyokong pasukan anda.”, tambah TMJ lagi.

Video ini dimuat naik selepas JDT gagal untuk meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya dalam saingan AFC Cup 2017.

Melalui ini kita dapat melihat TMJ memberikan nasihat kepada penyokong-penyokong JDT untuk terus berdiri teguh bersama pasukan biarpun apa yang berlaku. Baginda juga mahu penyokong-penyokong JDT untuk tidak lemah mental.

 

“Kalau bola itu penalti, akan ada 10 penalti dalam perlawanan itu”

Diawal video itu juga, memaparkan sesi latihan pasukan kebangsaan dibawah kendalian jurulatih baru Malaysia, Nelo Vingada.

TMJ memberitahu, Nelo Vingada juga berpendapat penalti yang dihadiahkan kepada Ceres Negros itu adalah sebagai ‘soft-penalty’.

“Kalau bola itu penalti, bermakna dalam setiap game akan ada 10 penalti.”

“Game dah habis. Relaks!”

 

Reaksi Tenangkan Penyokong JDT

Dalam video itu juga, TMJ turut menenangkan penyokong-penyokong JDT supaya tidak mudah ‘koyak’.

“Bukannya macam kita tak menang piala dah 24 tahun. Baru tahun lepas. Penyokong-penyokong lain pula nak cakap banyak. Pernah menang Piala AFC? Pernah layak ke separuh akhir Piala AFC? “

JOHOR Southern Tigersさんの投稿 2017年5月31日