Liga Super Malaysia

Tan Sri Annuar Musa Beri 3 Pilihan Untuk Pasukan Kelantan

Semalam, Tan Sri Annuar Musa ada mencadangkan penyelesaian kepada kemulut yang sedang melanda kem skuad Kelantan.

Beliau melalui satu status di lama sosial Facebook menyatakan 3 pilihan.

1) Untuk musim 2018, Kelantan perlu mencari penaja baru dan menggunakan duit tajaan itu untuk melangsaikan hutang KAFA sejak 25 tahun lalu tanpa perlu beraksi dalam liga Malaysia.

2) Pengurusan pasukan Kelantan perlu dengan segera mencari penaja baru untuk pasukan The Red Warrior 2018, manakal urusan pembayaran hutang akan diselesaikan mengikut kemampuan kewangan pasukan.

3) Tutup terus pasukan Kelantan kerana tidak lagi mampu untuk menanggung kos perbelanjaan disebabkan kebergantungan keatas 1 individu sahaja. Menurut Tan Sri Annuar Musa, lagi secara lazimnya tugas ini patut digalas oleh kerajaan negeri.

 

Utk musim 2018 Kelantan boleh buat pilihan…CARI PENAJA DAN GUNA DUIT TAJAAN UTK BAYAR HUTANG sejak 25 tahun dulu dan…

Tan Sri Annuar Musaさんの投稿 2017年5月27日