Setiap kali tamat musim bola sepak, pastinya akan ada sebuah majlis bagi memberikan penghargaan kepada mereka yang telah berusaha mempamerkan aksi terbaik didalam dan diluar padang.
Salah satu anugerah dalam J.League Awards yang paling menarik perhatian kami untuk berkongsi adalah Anugerah Padang Terbaik.
Anugerah ini pada asalnya diperkenalkan pada 2001 dan hanya stadium-stadium pasukan yang beraksi dalam J1 League sahaja layak menyertainya. Namun, bermula edisi 2005, semua stadium yang terlibat dalam saingan J League ( J1, J2 dan J3 ) layak untuk menerima anugerah sekiranya berjaya.
Bagi edisi pertama pada 2001, Yokohama International Stadium telah berjaya men
jadi pemenang anugerah ini. Stadium in itelah ditukar nama kepada Nissan Stadium pada 1 Mac 2005 selepas Nissan Motor membeli hak penamaan stadium ini.
Musim lalu 4 stadium telah terpilih untuk menerima anugerah ini iaitu:
1) Yurtec Stadium Sendai – Vegalta Sendai ( J1 League )
2) Saitama Stadium 2002 – Urawa Reds ( J1 League ), 4 Kali Menang.
3) Denka Bic Swan Stadium – Albirex Niigata ( J1 League ), 6 Kali Menang.
4) Toyota Stadium – Nagoya Grampus ( J2 League ), 3 Kali menang.
Untuk rekod, stadium yang paling banyak menerima anugerah padang terbaik J League adalah IAI Stadium Nippondaira, stadium kelab Shimizu S Pulse. Mereka telah menerima anugerah ini sebanyak 9 kali.