Sebentar tadi, melalui media rasmi, pihak AFC telah memutuskan perlawanan peringkat kumpulan diantara Korea Utara dan Malaysia akan berlangsung di Pyongyang.
Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mac 2017 ditangguhkan atas masalah diplomasi kedua-dua buah negara berikutan isu pembunuhan individu berprofil tinggi di Malaysia.
#ACQ2019 Group B between DPR Korea and @FAM_Malaysia will now take place in Pyongyang on June 8, 2017.#OAOG #Asia pic.twitter.com/eqkCbA3wIY
— AFC (@theafcdotcom) May 8, 2017
Menurut AFC, mereka menyatakan telah menerima pengesahan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tiada sebarang sekatan perjalanan dari kerajaan Malaysia untuk ke Korea Utara. Melalui pertimbangan ini, tiada sebab untuk AFC tidak membenarkan perlawanan dilangsungkan di Pyongyang pada 8 Jun 2017 nanti.