Luar Negara

Misagh Bahadoran: Kapten Global FC Yang Merupakan Seorang Doktor Gigi

01031304

Biografi ringkas Misagh Bahadoran:

  • Dilahirkan di Mabalacat, Pampanga, Filipina.
  • Bapanya Mostafa, berasal dari Iran dan ibunya dari Fillipina.
  • Misagh merupakan anak ketiga dari 8 adik beradik.
  • Dibesarkan di Iran, dan hanya kembali ke Filipina pada 2004 untuk menamatkan zaman sekolah tinggi.

Mostafa berkeras mahukan Misagh menamatkan pengajian diperingkat Ijazah dahulu sebelum menceburi sukan bola sepak secara profesional. Misagh menyahut cabaran bapanya itu dengan melanjutkan pelajaran di Universiti  Centro Escolar, Manila dalam jurusan ‘Dentistry’. Beliau menamatkan pengajiannya dengan segulung Ijazah dari fakulti pergigian pada sesi 2010/2011.

” Saya mula bermain bola sepak di jalanan tetapi tiada jalan mudah untuk menjadi pemain bola sepak di Iran kerana jika mahu menjadi pemain bola sepak profesional, anda harus berhenti belajar.”

Ketika menyambung pelajaran di universiti, fokus utama beliau kekal terhadap pengajian namun beliau tetap cemerlang dalam beberapa jenis sukan seperti renang, basikal dan futsal – semuanya tertumpu kepada ‘indoor sport’ sahaja.

Dentistry atau Bola Sepak?

2016-11-28_16-01-21

“Saya melihat cara latihan yang tidak bagus. Tiada fasiliti, tiada air. Terus terlintas difikiran ‘ Saya tidak mampu untuk berhenti separuh jalan di universiti dan menjadi pemain bola sepak kerana masa depan saya lebih penting’ ”

” Kami bukan sahaja tidak dibayar, malah terpaksa membayar 100 Peso seorang untuk bermain bola sepak. Saya tidak mampu!”

Sekitar 2009, Dan Palami mengambil alih tugas sebagai pengurusan pasukan kebangsaan. Dan Palami merupakan orang yang bertanggung jawab memastikan pemain-pemain ini dibayar gaji sebagai seorang pemain profesional.

Pada ketika itu, Misagh sudah bersiap untuk kembali ke Iran bagi memulakan tugasnya sebagai seorang doktor gigi. Namun membatalkan hasratnya selepas percaya dengan apa Dan Palami lakukan.

“Saya lihat semuanya telah menjadi lebih baik, ia tidak gah tetapi cukup. Satu kebanggaan bagi saya untuk beraksi bersama Filipina. Saya kata ‘OK, saya akan berhenti bekerja sebagai doktor gigi dan akan bermain untuk pasukan kebangsaan Filipina.”

Apa yang saya fikirkan adalah untuk ‘mendapat sehelai jersi’ pasukan kebangsaan, dan mampu memberitahu anak saya nanti bahawa saya merupakan salah seorang pemain pasukan kebangsaan!

Misagh juga pernah menghadiri sesi ‘try out’ bersama gergasi J League – Tokyo Verdy pada 2011.

 

Masa Depan Lebih Penting

Misagh sekarang sedang mengusahakan beberapa perniagaan sebagai persediaan apabila menamatkan karier bola sepaknya atau telah tidak mempu beraksi akibat kecederaan.

Beliau akan membuka klinik pergigian sendiri di Manila dan mendidik masyarakat setempat berkenaan kepentingan penjagaan gigi.

2016-11-28_16-02-04

Disamping itu, Misagh juga mempunyai sebuah perniagaan teksi yang beroperasi disekitar pusat bandar selain daripada perniagaan makanan Melmac Peri Peri Express.

Saksikan temubual ringkas selama 8 minit bersama kapten Global FC – Misagh Bahadoran.