Luar Negara

Hiroshi Kiyotake Sertai Sevilla Dengan Yuran Perpindahan €6.5 Juta

Pemain antarabangsa Jepun berusia 26 tahun, Hiroshi Kiyotake, sah akan beraksi untuk juara 5 kali UEFA Europa League, Sevilla dari Hannover 96, dengan kontrak selama 4 tahun dan nilai perpindahan dianggarkan sekitar €6.5 juta.

Memulakan karier peringkat remaja bersama akademi tempat lahirnya, Oita Trinita, Kiyotake mula beraksi dengan pasukan senior Oita Trinita pada tahun 2008 selama 2 musim sebelum berhijrah ke Cerezo Osaka. 3 musim bersama pasukan dari Osaka itu, beliau beraksi dalam 85 perlawanan dan menjaringkan 19 gol sebelum berkelana ke Bundesliga bersama Nurnberg FC.

Musim ini, Kiyotake telah membuat 21 penampilan bersama Hannover 96 menjaringkan 5 gol dan 7 assist. Walaupun Hannover 96 telah pun turun dari Bundesliga, pemain nombor 10 ini telah memikat beberapa kelab dari Eropah. Dengan menyertai Sevilla, impian Kiyotake untuk beraksi dalam UEFA Champions League musim 2017 hampir menjadi kenyataan.

476114500

Dengan Ivan Banega akan menyertai Inter Milan musim hadapan, Kiyotake dilihat sebagai pemain yang peling berpotensi mengisi posisi tersebut. Hiroshi Kiyotake juga merupakan pemian kedua yang dibawa masuk Sevilla musim ini selepas berjaya mendapatkan Pablo Sarabia dari Getafe sehari lebih awal.