Bola sepak adalah sebuah perkara yang berkait rapat dengan ilmu fizik. Beberapa fenomena dalam sukan itu sering cuba dijelaskan melalui beberapa rumusan dan andaian fizik. Bermula daripada daya serta tenaga yang digunakan Cristiano Ronaldo ketika melepaskan rembatan sehingga kepantasan reaksi yang dipamerkan David De Gea. Antara perkara yang menarik tentangnya adalah istilah pemecutan dan momentum.
Kebiasaannya istilah pemecutan ini sering digunakan untuk mengukur kepantasan. Dunia automotif selalu menggunakannya. Kita pastinya sudah terbiasa mengukur kepantasan kenderaan dengan tempoh yang terhasil daripada jarak tertentu, atau lebih mudah disebut kilometer/jam atau meter/saat.
Sementara untuk momentum, atau “pusa” dalam bahasa fizik, sifatnya lebih kepada mekanisme. Momentum merupakan sesuatu konsep yang berhubungan antara kepantasan dan berat sesebuah objek. Orang ramai biasanya akan mengaitkannya dengan daya tolakan. Ia tidak salah, tetapi bukan sekadar melibatkan istilah itu sahaja.
Usah khuatir. Kami tidak akan membahaskan tentang perakra ini lebih mendalam dan membuat anda pening kepala. Tujuan kami hanya untuk menceritakan soal pemecutan dan momentum dalam dunia bola sepak melalui sudut pandangan yang lebih mudah dan sederhana.
Dalam bola sepak, pemecutan lebih meraih perhatian berbanding momentum. Ia termasuk pendekatan oleh pemain-pemain sehingga kelompok penonton. Bagaimana ledakan pemecutan seorang pemain terhasil menjadi aspek yang paling menarik, seperti Gareth Bale, Eden Hazard serta Pierre-Emerick Aubameyang.
Bagaimanapun, momentum sebenarnya memainkan peranan yang penting. Daripada momentum maka terhasil situasi-situasi yang menakjubkan. Ia membawa kepada kewujudan gol hasil daripada gerakan solo, terutamanya apabila pemain menggunakan kepantasan untuk menciptanya.
Gerakan paling popular tentunya Gareth Bale melalui pemecutan yang dihasilkan ketika mengatasi Marc Bartra untuk menghasilkan gol di final Piala Raja Sepanyol pada tahun 2014. Larian Bale ketika itu sudah pasti memberikan impak kepada anda, terutama bagaimana dia menyaingi Bartra tetapi akhirnya, pemecutan yang disebutkan tatkala momentum yang memainkan peranan penting.
Momentum menunjukkan Bale seakan-akan terkeluar daripada padang untuk mendapatkan bola tetapi sebenarnya, gerakan itu membolehkannya meraih ruang yang lebih besar untuk melakukan larian pantas. Banyak jaringan Bale sebenarnya membuktikan momentum berperanan besar dalam satu pecutan.
Contoh yang boleh anda lihat di pentas bolasepak Asia Tenggara adalah jaringan bintang Indonesia, Terens Puhiri yang membawan namanya dikenali di seluruh dunia sebagai pemain yang pantas. Sebelum ini, kami pernah mengulas kepantasan Terens itu mencapai 33.9km/h.
Momentum telah membuatkan larian Terens jauh lebih pantas mengatasi pemain Mitra Kukar. Kelajuan itu memberikan ruang buatnya untuk terus memasuki kotak penalti dan menghasilkan jaringan.
Anda mungkin mengingati beberapa gol lain yang tercipta kerana momentum sebenarnya, berbanding hanya melihat istilah pemecutan. Momentum mampu membuatkan setiap kelajuan menjadi lebih bagus, bahkan mampu mencapai tahap kelajuan maksimum berbanding sebelumnya.
Sama dalam hidup, tidak perlu dengan tergopoh-gopoh untuk sampai ke puncak. Apa yang penting adalah berada pada waktu dan tempat yang sesuai untuk mendapatkan keputusan. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.