Liga Super Malaysia Berita

Kalamullah Al-Hafiz tinggalkan Kedah

Kalamullah Al-Hafiz secara rasminya meninggalkan Kedah di tengah-tengah musim Liga Super 2024-2025.
Keputusan itu dibuat selepas mengadakan beberapa perbincangan dengan jurulatihnya.
“Kesemua pihak memutuskan untuk membawa haluan berbeza dan menamatkan kontrak secara persetujuan bersama,” kata Kedah dalam pengumuman rasminya.
“Dalam keadaan yang cukup sukar ini, kehilangan Kalamullah di kemuncak kerjaya, dalam prestasi antara penjaga gol terbaik Harimau Malaya, keputusan yang diambil oleh pemain ini dan pengurusan tidaklah mudah.
“Namun situasi semasa Sang Kenari, ini adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua pihak.
“Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih di atas khidmat bakti beliau selama mewakili Sang Kenari dan mendoakan kerjaya beliau terus maju bersama pasukan baharu!”
Penjaga gol berusia 29 tahun itu dijangka menyertai Selangor dan bakal menjadi penjaga gol nombor satu pasukan Red Giants bagi menggantikan Sam Somerville.