Romel Morales antara empat pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad negara bagi menghadapi Piala Asia 2023.
Tiga lagi pemain baharu ialah Natxo Insa, Khuzaimi Piee dan Syamer Kutty Abba.
Kim Pan-gon telah mengekalkan seramai 22 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei, November lalu.
Bagaimanapun, dua pemain, Sharul Nazeem Zulpakar dan Azam Azmi Murad masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan.
Bagi saingan Piala Asia 2023 di Qatar nanti, Malaysia yang berada dalam Kumpulan E akan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada Isnin, 15 Januari; Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu, 20 Januari dan Republik Korea di Stadium Al Janoub pada Khamis, 25 Januari 2024.
SENARAI PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT
GK: Syihan Hazmi, Azri Ghani, Sikh Izhan
FB: Matthew Davies, Corbin-Ong, Syahmi Safari, Daniel Ting
DF: Dion Cools, Shahrul Saad, Dominic Tan, Khuzaimi Piee, Junior Eldstal
MF: Brendan Gan, Endrick, Afiq Fazail, Syamer, Natxo Insa, Stuart Wilkin
W: Arif Aiman, Faisal Halim, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Sumareh
ST: Darren Lok, Romel Morales, Paulo Josue