R. Kogileswaran mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang menyertai kelab Korea Selatan, Chungbuk Cheongju.
Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab yang akan beraksi di Liga K2 tahun ini.
Ini bermakna, Kogileswaran akan beraksi di Cheongju yang terletak kira-kira lebih 126km dari Seoul.
RASMI! Pemain Malaysia pertama berkelana di K League!
Tahniah R. Kogileswaran! Sah akan beraksi bersama Chungbuk Cheongju FC di #KLeague2 🇲🇾➡️🇰🇷 pic.twitter.com/FLRDENkMah
— Christopher Raj 🇲🇾 (@chrisraj23) January 12, 2023
Kogileswaran sebelum ini beraksi dengan PJ City dan pernah mewakili skuad kebangsaan.
Beliau juga menjadi pemain kedua dari Asia Tenggara yang beraksi di Korea Selatan selepas pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam yang beraksi bersama kelab K2, Ansan Greeners.