Jordan Henderson adalah kapten dan ketua pasukan yang lebih baik daripada Steven Gerrard, lapor Adrian Durham, wartawan sukan di talkSPORT.
Bulan ini Henderson bakal menyambut ulang tahun kelapan beliau menyarung jersi Liverpool sejak membuat perpindahan dari Sunderland dengan tanda harga £20 juta.
Sejak itu pemain kebangsaan England telah membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara Eropah serta beberapa aksi dalam perebutan Liga Perdana Inggeris.
Bercakap di talkSPORT, Durham percaya pemain berusia 29 tahun telah membuktikan bahawa beliau lebih baik daripada lagenda Liverpool, Steven Gerrard.
“Sudah tentu terdapat perbandingan apabila dia menjadi kapten selepas Gerrard dan semua orang fikir ia mustahil – bagaimana anda mengambil alih kerja dari Steven Gerrard?
“There’s a case to say that if Gerrard wasn’t Liverpool born and bred…”
“People might say Henderson is a better captain and leader than Gerrard.” 💪
“It’s important to establish what a brilliant leader Henderson is.” 🇨@talkSPORTDrive on @JHenderson 👏 pic.twitter.com/nnranrHTh4
— talkSPORT (@talkSPORT) August 13, 2019
“Tetapi saya fikir jika bukan kerana Steven Gerrard lahir dan membesar di Liverpool, orang mungkin menganggap Jordan Henderson adalah kapten yang lebih baik dan pemimpin yang lebih baik.
Tambah beliau lagi, semua pemain di kem Liverpool menghormati Henderson seperti mana Henderson menghormati mereka.
“Anda mempunyai tiga atau empat pemain terbaik di dunia sekarang di Liverpool, Allison, Mane, Salah dan Van Dijk dan mereka semua memandang [hormat] kepada Henderson dan dia [juga] menghormati mereka.
“Dia mungkin bukan salah seorang pemain terbaik di dunia, tetapi dari segi kepemimpinan dia menjalankan tugas hormat di pasukan yang penuh dengan bintang.” Katanya.
Gerrard menghabiskan waktunya di Liverpool dan telah dilantik selaku kapten pasukan selepas Sami Hyypia pada 2003 dan berjaya memenangi dua Piala FA, tiga Piala Liga dan tidak dilupakan momen menjulang Liga Juara-Juara ketika menewaskan Milan pada 2005.
Manakala Henderson pula baru sahaja menjulang piala ketiga bersama Liverpool ketika pasukannya menang menentang Chelsea pada aksi Piala Super UEFA.