Malaysia Berita

Nepal pelawa JDT beradu tenaga

Juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal mengadakan perlawanan persahabatan bersama skuad kebangsaan Nepal pada 26 Ogos nanti.

Satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh media JDT di laman facebook Johor Southern Tigers menyebut All Nepal Football Association (ANFA) mempelawa skuad Harimau Selatan untuk aksi pemanas badan sebelum kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

JDT AKAN BERAKSI MENENTANG SKUAD KEBANGSAAN NEPAL BULAN INIKelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menerima…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, 15 August 2019

“Skuad kebangsaan Nepal akan berkunjung ke Johor sebagai persiapan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, di mana Nepal akan menentang Australia, Jordan, Chinese Taipei dan Kuwait bermula September ini.”

Perlawanan persahabatan pada 26 Ogos nanti bakal dibarisi dengan pemain skuad utama dan JDT II.