Malaysia Berita

‘Fuh, nasib baik ada Cambodia’

Malaysia bawah 18 tahun (B-18) turun menentang Thailand pada aksi terakhir Kumpulan B dalam kejohanan Next Media Cup AFF B-18 2019, Ho Chi Minh, Vietnam.

Skuad Brad Maloney membuat dua pertukaran dengan memasukkan Akmal dan Fahmi di bahagian tengah.

Barisa pelapis negara turun dengan misi mengutip tiga mata penuh, namun dikecewakan oleh Thailand apabila R.Sitthinan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-69.

Motivasi yang tinggi serta semangat tidak mahu mengalah, skuad negara mengasak ke kubu lawan sehingga ke wisel penamat, tetapi gagal mendapatkan mata penting.

Tetapi itu tidak memadam peluang Malaysia untuk layak ke separuh akhir apabila Cambodia berjaya menumbangkan Vietnam bagi memberi laluan kepada Malaysia ke peringkat seterusnya.

Kelebihan mata telah berpihak kepada skuad negara dan Malaysia layak ke separuh akhir dengan Indonesia B-18 bakal menjadi halangan seterunya.