Paris Saint-Germain bakal mengemukakan tawaran kontrak lima tahun dengan nilai € 250 juta kepada Kylian Mbappe bagi mengekalkan beliau di PSG.
Baru-baru ini dilaporkan bahawa Manchester City berminat untuk mendapatkan pemain muda Perancis tersebut, lapor El Pais.
Manakala PSG pula bersedia menaikkan gaji beliau kepada € 38 juta untuk semusim.
PSG urgently want to renew Mbappe's contract until 2025 – making him the cornerstone of their team and thus avoiding Mbappe joining Manchester City next year.
PSG need to sell Neymar this summer for this to happen.
[via @diegotorresro] pic.twitter.com/vojdkO4HyO
— City Report (@cityreport_) July 18, 2019
Nasser Al-Khelaifi dikhabarkan sedia menerima kehilangan Neymar berbanding Mbappe bagi menyiapkan misi jangka panjang PSG dalam kancah bola sepak Eropah.
Dengan gaji sebanyak € 50 juta untuk satu musim, Mbappe bakal menjadi pemain kedua dengan bayaran tertinggi dan bakal melebihi Neymar sebanyak € 20 juta.