Berita

Bonus 300 Juta Rupiah Untuk Futsal AFC U20 Indonesia

Menurut Ketua Umum Persekutuan Futsal Indonesia (FFI), Harry Tanoesoedibjo, pihaknya telah bersetuju untuk memberikan bonus kepada skuad futsal U20 Indonesia yang akan beraksi dalam kejohanan AFC Futsal U20 di Bangkok, Thailand.

Bonus itu akan diberikan sekiranya skuad itu berjaya melayakkan diri sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.

Menurut Harry yang dipetik berkata: ” Jika layak ke separuh akhir, pemain-pemain akan dapagt 200 juta Rupiah / RM65,000 dan jika mara ke perlawanan akhir 300 Juta RUpiah untuk mereka.”

Tambahnya lagi, “Jika skuad futsal menjadi juara, bonusnya akan lebih besar lagi.”

Skuad futsal AFC U20 Indonesia dibawah bimbingan Vic Hermans itu telah diundi dalam kumpulan B bersama Jepun, Tajikistan, dan Taiwan.

Mereka akan bertemu Tajikistan dalam perlawanan pertama pada Selasa, 16 Mei 2017 di Hua Mark Indoor Stadium.