Liga Super Malaysia

Kenapa Penalti Riyad Mahrez Dibatalkan Oleh Pengadil?

Dalam pertemuan diantara Manchester City dan Leicester City, Riyad Mahrez telah dijatuhkan oleh Gael Clichy dalam kawasan kotak penalti pada minit ke 78′. Ini adalah peluang untuk Leicester City menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 1-2 kepada Manchester City.

Riyad Mahrez mengambil sepakan penalti itu dan berjaya menjaringkan gol. Kedudukan sepatutnya bertukar kepada 2-2. Namun, pengadil perlawanan, Bobby Madley mengesan ada sesuatu yang tidak kena dengan sepakan itu, dan terus menunjukkan isyarat 2 jari kepada Mahrez.

Dari perspektif mata kasar, ia adalah gol. Namun, Bobby Madley berjaya melihat bola telah 2 kali menyentuh kaki Mahrez yang tergelincir ketika mengambil sepakan itu.

Mahrez yang mengambil sepakan penalti menggunakan kaki kirinya, tetapi akibat tergelincir bola telah terkena kaki kanannya dahulu sebelum masuk kedalam gol.

Menurut Peraturan 14: Sepakan Penalti dalam ‘TheFA Rules’, jika pemain yang mengambil sepakan penalti itu menyentuh bola buat kali kedua sebelum pemain lain membuat sentuhan, sepakan bebas ‘indirect’ diberikan kepada pihak lawan.

Video highlight perlawanan dan insiden sepakan penalti dibatalkan boleh ditonton dalam video dibawah. Keputusan penuh perlawanan Manchester  City 2-1 Leicester City.