Kolum

Khabar revolusi dari Solskjaer untuk United

Manchester United telah memberi tugas sepenuh masa buat Ole Gunnar Solskjaer sehingga Jun 2022 dan beliau tampaknya ingin melancarkan satu gerakan revolusi ke atas Red Devils bagi mengembalikan kekuasaan mereka di peringkat domestik dan eropah.

Perkara pertama yang bakal dilakukan oleh Solskjaer adalah dengan menjual beberapa pemain dan membeli pemain utama pada jendela musim panas ini.

Terdapat khabar daripada Manchester yang menyatakan bahawa hampir enam pemain bakal dilepaskan oleh pengurus daripada Norway. Antaranya adalah Alexis Sanchez, Ander Herrera, Juan Mata, Matteo Darmian, Marcos Rojo dan Antonio Valencia.

=. (Photo by Jordan Mansfield/Getty Images)

Biarpun pelepasan Sanchez dilihat sukar untuk diramalkan kerana beliau masih mempunyai baki kontrak sehingga tahun 2022. Tetapi sejak menyarung jersi United, pemain kelahiran Chile masih gagal bertindak selaku pemain penting dan sudah pastinya United sedang menunggu beberapa tawaran daripada kelab lain.

Berbeza dengan kes yang dialami Herrera. Beliau telah menunjukkan peningkatan sejak membarisi barisan utama Solskjaer. Herrera memberikan aksi yang konsisten selama berpasangan dengan Nemanja Matic dan Paul Pogba dibahagian tengah. Akan tetapi, kontraknya yang bakal tamat penghujung musim ini – United dan Herrera gagal mencapai kata sepakat dalam kontrak baharu, dengan Herrera meminta gaji lebih tinggi – di tambah pula dengan tawaran yang hadir daripada Paris Saint-Germain, sudah pasti Herrera sudah mempunyai perancangan buat masa hadapan beliau.

(Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Bagi rakan senegara beliau, Juan Mata juga sedang menuju jalan keluar selepas kontraknya bakal tamat pada bulan Jun nanti. Dengan Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Valencia dan Chelsea.

Manakala Darmian dan Rojo dilihat gagal mencapai tahap yang diharapkan dan sering dibelengu dengan masalah kecederaan. Sementara Valencia, pemain berusia 33 tahun dikhabarkan dalam perjalanan ke MLS.

(Photo by Tom Purslow/Man Utd via Getty Images)

United juga bakal menggunakan segala usaha mereka untuk mengekalkan David de Gea yang dikhabarkan berminat untuk menyertai Real Madrid mahupun PSG selepas United gagal memenuhi permintaan gaji yang beliau harapkan. Terdapat beberapa laporan yang berlegar di dada akhbar Sepanyol dan UK, di mana Thibaut Courtois bakal dimasukkan ke dalam perjanjian perpindahan jika De Gea memilih untuk menyertai Real Madrid.

Lima pemain yang dikaitkan dengan United.

Manakala di bahagian ketibaan, United dilihat sedang melakukan revolusi bagi mendapatkan beberapa pemain muda. Ia bertujuan untuk memberi kejayaan jangka panjang untuk United.

Terdapat lima nama yang disasarkan oleh United dan beberapa nama telah diumumkan oleh akhbar UK.

(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

United dilihat bakal menguatkan bahagian pertahanan kanan mereka yang sekarang diisi oleh Ashley Young, Valencia, Dalot dan Darmian. Mereka juga bakal mendapatkan pemain tengah setelah Fred gagal menyerlah sepanjang bersama United. Selain daripada itu, United perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain pertahanan tengah dan satu pemain sayap serba boleh bagi menggantikan Sanchez.

Antara pemain yang disebut-sebut bakal ditandatangani oleh United adalah pertahan kanan Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka, yang bakal menelan belanja sekitar 40 juta euro. Di bahagian pertahanan tengah, United bakal mencuba nasib bagi mendapatkan pertahanan tengah Real Madrid, Raphael Varane yang dikhabarkan tidak akan dilepaskan oleh Los Blancos, manakala pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly turut menjadi sasaran utama United.

(Photo by Arfa Griffiths/West Ham United via Getty Images)

Jika Herrera dan Mata memilih untuk meninggalkan United. Pengendali kelahiran Norway, Solskjaer dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niquez yang juga menjadi sasaran pasukan Pep Guardiola pada jendela musim panas nanti. Apa yang menjadi masalah buat United adalah klausa pelepasan pemain tersebut yang mencecah 150 juta euro jika beliau dibenarkan meninggalkan Los Rojiblancos.

Pilihan lain buat United dibahagian tengah adalah pemain muda yang telah mendapat tempat dalam skuad senior England, Declan Rice yang berusia 20 tahun. Cabaran besar buat United untuk mendapatkan beliau apabila dikhabarkan West Ham tidak akan melepaskan Rice.

(Photo by Alexandre Simoes/Borussia Dortmund/Getty Images)

Manakala bagi pemain sayap, Jadon Sancho adalah calon terbaik bagi menggantikan Sanchez. Lahir daripada akademi bola sepak City, beliau gagal mendapat tempat didalam kesebelasan utama City sehingga memilih untuk menyertai Borussia Dortmund dan telah menjadi antara watak penting buat Dortmund musim ini. Beliau yang berusia 19 tahun dilihat mempunyai nilai sehingga 100 juta euro dan Solskjaer bersedia untuk mendapatkan beliau bagi memulakan revolusi United.