Jualan tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung Sabtu ini diantara Terengganu dan Perak bertukar menjadi kecoh apabila terdapat segelintir penyokong yang tidak berpuas hati.
Syafie Che Alias, 28, memberitahu NST bahawa beliau sudah berada di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah seawal jam 4 pagi dan mula beratur dua jam kemudian.
“Saya beratur selama lebih daripada lima jam tetapi menyerah kalah kerana cuaca,” kata Syafiq.
“Seorang wanita berusia 25 tahun di hadapan saya pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital.
“Saya diberitahu bahawa dia telah menunggu sejak pukul 11 malam tadi dan tidak mempunyai masa untuk makan yang menyebabkannya menjadi lemah.”
“Jualan tiket harus dibuat lebih mudah supaya setiap orang mempunyai peluang untuk membelinya.
“Tidak ada juga pagar dan kawalan, ramai orang tidak beratur.”
Ku Khairi Ku Amri, 24, dari Kampung Bukit Tunggal pula memberitahu NST. “Saya berasa sedih dan terkejut dengan pihak pengurusan (jualan tiket). Kaunter-kaunter itu sepatutnya dibuka sebelum ini dan tidak ditangguhkan sehinggalah mereka yang beratur awal perlu keluar kerana mereka sudah letih,” kata Khairi.
“Saya berusaha sebaik mungkin untuk kekal dalam barisan.
“Mereka berkata kaunter akan dibuka pada jam 10 pagi tetapi ia dipindahkan ke jam 10.30 pagi.
“Biasanya mereka mula menjual pukul 8 pagi, tindakan mereka seolah-olah sengaja menyiksa peminat.”