Malaysia Berita

Hadi Harap Tuah Menyebelahi Skuad Negara

Malaysia B-19 menghadapi misi sukar apabila perlu mengalahkan China pada perlawanan akhir Kumpulan D bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya pada Kejohanan AFC Bawah-19.

Tekanan dirasai buat skuad Bojan Hodak yang berada ditempat ketiga dan masih mempunyai peluang untuk layak jika mereka menang keatas China dan mengharapkan budi bicara Arab Saudi bagi mengalahkan Tajikistan.

Hadi Fayyadh Abdul Razak, penyerang skuad muda negara serta penjaring terbanyak Malaysia, masing-masing dengan dua gol mengharap bahawa rakan sepasukan akan bermain bersungguh-sungguh bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Tambah beliau lagi, biarpun lawan mereka agak sukar tetapi beliau percaya dengan kemampuan rakan sepasukannya.

“Berdasarkan keadaan semasa, ia kelihatan sukar, tetapi apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak.

“Fokusnya adalah pada perlawanan kumpulan terakhir kami menentang China dan kami tahu ini adalah perlawanan kalah mati bagi kami.

“Kami akan berusaha memperbaiki kelemahan kami dan memberikan 100 peratus,” kata Hadi Fayyadh kepada NST.

Pemain berusia 18 tahun itu juga berharap dapat meneruskan momentumnya dalam kejohanan itu.

“Saya adalah penjaring terbanyak pasukan dengan dua gol terima kasih kepada rakan sepasukan saya yang mencipta peluang.

“Saya harap saya dapat terus mencetak gol,” tambah Hadi Fayyadh kepada NST