Luar Negara

Buriram United Sasar Jual 700,000 Helai Jersi Untuk Musim 2017

maxresdefault

Sasaran untuk menjual 700,000 helai jersi untuk musim 2017 telah memasuki fasa akhir dan hanya menanti tarikh pelancaran pada 10 Disember 2016.

Ini tidak mustahil kepada Buriram United, kerana mereka telah memiliki track record yang cukup cemerlang dari perspektif pemasaran jersi kelab mereka. Sebagai contoh, sebelum ini mereka telah berjaya mencatatkan jualan RM19 juta dalam masa hanya 55 hari dan ketika pelancaran jersi ketiga Buriram United yang berwarna ‘Merah Jambu’, mereka berjaya meraih RM546,404 dalam masa 2 hari sahaja.

i261-14

Mengikut sumber yang diterima dari wakil kami di Thailand, Buriram United telah menetapkan harga THB540 / RM68 sahaja bagi setiap helai jersi yang akan mula dijual dikesemua’Point of Sales’ 3 hari lagi.

Dengan harga tersebut, pihak kelab melihat ia adalah harga yang mampu milik bukan sahaja oleh warga Buriram malahan ia boleh dikategorikan sebagai murah apabila berada diperingkat antarabangsa.

Jika sasaran jualan 700,000 helai jersi itu berjaya, Buriram United akan menjana sekitar RM47.6 juta hanya dari jualan jersi sahaja!